• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Akibatkan 1,000 Syarikat Rugi RM300 Juta

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Industri di Pulau Pinang menanggung kerugian sehingga RM300 juta selepas kilang mereka tenggelam akibat banjir pada hujung minggu lepas.

Beberapa syarikat mengisytiharkan ‘kerugian besar’ serta terpaksa memulakan operasi baharu dan banyak syarikat lain memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan operasi mereka.

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia Pulau Pinang yang mewakili lebih 350 syarikat dan pengeluar, berkata kerugian itu merangkumi jumlah tenaga kerja yang terjejas, kelewatan logistik dan kerosakan harta benda.

Pengerusi Datuk Dr. Ooi Eng Hock menganggarkan kerugian adalah di antara RM200 juta dan RM300 juta, melibatkan kira-kira 1,000 syarikat yang majoritinya terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Beliau memberitahu Bernama bahawa majoriti mereka terpaksa menghentikan operasi selama beberapa hari untuk membersihkan premis.

Bagaimanapun, Ooi memuji kerajaan pusat kerana bertindak pantas dengan memperuntukkan sejumlah RM500 juta sebagai bantuan pinjaman bencana bagi syarikat-syarikat yang terjejas akibat banjir.

Katanya, SME Corporation turut menyediakan geran bencana bagi membolehkan syarikat-syarikat terbabit memohon geran bernilai RM20,000 untuk sekali sahaja bagi membantu mereka bermula kembali.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan persekutuan berikutan kemudahan bantuan ini di mana pemohon boleh meminta sehingga RM500,000 pada kadar faedah 2.2 peratus setahun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Leong Yin Pastry Sdn Bhd, Leong Kok Fei, pakar dalam membuat kuih bulan dan pastri, berkata syarikatnya mengalami kerugian sehingga RM80,000 selepas banjir menjejaskan produktiviti perniagaan.

Kemudahan pengeluaran syarikat itu di Sungai Pinang telah terjejas teruk selepas air naik sehingga lima kaki.

Banyak mesin mengalami kerosakan dan pekerja tidak dapat hadir.

“Kekurangan pekerja memberikan masalah tetapi kami bernasib baik kerana mempunyai sokongan daripada kemudahan kami di Juru. Operasi kami hanya pulih pada hari Selasa dan sekarang kami sudah boleh memenuhi permintaan,” katanya.

Banjir pada hari Ahad telah melumpuhkan banyak kawasan di Pulau Pinang selepas jalan-jalan dinaiki air, pokok tumbang dan harta benda rosak. Banjir kali ini mengorbankan tujuh nyawa dan lebih 3,700 orang terpaksa dipindahkan. – BERNAMA

Tags: banjir Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sibuk Kecam Kelantan, Pulau Pinang Pula Banjir

29/10/2018
0

SEJURUS selepas menghalakan kritikan kelemahan pentadbiran kepada negeri Kelantan, negeri yang Lim Guan Eng menjadi ketua menterinya sehingga Mac lalu,...

131 Cerun Runtuh Dalam Bencana Alam Di P.Pinang

14/11/2017
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan angin kencang dan banjir yang melanda negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd