• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 21,900 Pesawah, Penternak Terjejas

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengenal pasti 21,900 pesawah, penternak ikan sangkar dan petani di Kedah dan Pulau Pinang terjejas ekoran banjir buruk yang melanda negeri-negeri itu, setakat ini.

Pengerusi LPP, Tan Sri Zainal Dahalan berkata bagaimanapun nilai kerugian masih lagi dalam penilaian dan bilangan mangsa terjejas juga dijangka meningkat berikutan pihaknya masih lagi menjalankan bancian jumlah mangsa dan kerugian sebenar.

“Di Pulau Pinang, seramai 20,400 ahli LPP dikenal pasti terlibat setakat ini iaitu di Seberang Perai dan Butterworth manakala di Kedah, seramai 1,500 ahli terjejas melibatkan kawasan Kuala Muda, Merbok, Padang Serai dan Karangan yang terdiri daripada pesawah, penternak ikan dan petani.

“Sebanyak 400 sangkar ikan di Pulau Aman, Pulau Pinang dan 2,457 hektar padi di bahagian Selatan Kedah juga turut musnah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang 2017 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah LPP Datuk Mohd Salim Taha.

Zainal berkata pihaknya juga telah mengarahkan pengarah LPP negeri dan pengurus besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menghantar segera laporan bancian mangsa dan kerugian kepada pihaknya untuk dihantar kepada pihak kementerian.

“Bancian di kawasan Utara Perak terutamanya di bahagian Bagan Serai dan Parit Buntar juga sedang dijalankan…kerugian ekoran bencana ini bukan hanya melibatkan tanaman tetapi juga infrastruktur yang mana ada kawasan kuaters LPP juga terjejas.

“Kita juga telah menubuhkan Jawatankuasa Bencana Banjir LPP yang mana jawatankuasa ini telah bermesyuarat hari ini untuk membincangkan tindakan selepas banjir dan kita juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir LPP di Menara LPP untuk menerima laporan berkaitan kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal berkata Sambutan Hari Integriti LPP yang julung kali diadakan akan diperluaskan di peringkat negeri bagi memupuk kesedaran dalam kalangan anggota LPP mengenai kepentingan memupuk nilai kerja yang lebih berintegriti. – BERNAMA

Tags: BanjirLPPPenternakTan Sri Zainal Dahalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd