• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018 Lulus, 107 Sokong, Cuma 59 Tolak, 11 Berkecuali

oleh
13/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat meluluskan bacaan peringkat dasar Undang-Undang Perbekalan 2018 atau juga disebut Bajet 2018 selepas undian belah bahagi yang dituntut wakil pembangkang.

Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamad Said memutuskan undian belah bahagi selepas selesai Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggulung perbahasan di peringkat dasar bagi kementeriannya.

Bagaimanapun, ketika proses undian, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempengerusikan persidangan dan kemudian mengumumkan hasil keputusan pengundian yang menyaksikan pihak kerajaan berjaya memperoleh 107 undi.

Paling memalukan apabila blok pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan hanya mendapat 59 undi bagi menolak rang Bajet 2018 tersebut manakala 11 lagi Ahli Parlimen dari PAS mengambil keputusan untuk berkecuali.

Media tempatan melaporkan bahawa sesi perbahasan peringkat dasar Bajet 2018 berlangsung ‘panas’ selama enam hari manakala tiga hari diperuntukkan kepada setiap kementerian untuk menjawab di peringkat dasar pula.

Selepas ini Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lalu, akan dibahaskan di peringkat Jawatankuasa Parlimen selama sembilan hari mulai esok sehingga 28 November depan.

Bertemakan ‘Memakmur Ekonomi yang Inklusif, Mengimbangi Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’, Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion.

Ini menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion yang diperuntukan ketika Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Najib sendiri pada tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing

Next Post

“Baik Kau Bela Khinzir Terus,” Kata Netizen

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

Next Post

"Baik Kau Bela Khinzir Terus," Kata Netizen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd