• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Arwah Suka Bergurau Dan Sangat Manja”

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – “Arwah selalu bergurau dengan abangnya dan sangat manja dengan ibunya. Tidak sangka itu petanda dia pergi buat selama-lamanya,” kata Md Nasir Jamaludin, 55, bapa kepada mangsa lemas di kolam tadahan di Kampung Padang Lalang, di sini, petang semalam.

Mangsa, Mohamad Solehuddin, 6, dan kakaknya, Ainnur Batrisyah, 10, ditemukan lemas dipercayai tergelincir ke dalam kolam tadahan terbabit kira-kira pukul 6 petang.

Dia berkata kedua-dua anaknya pergi ke kolam itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka untuk memancing ikan kerana pada sebelah paginya, ibu mereka, Suhaini Nasuha, 37, memberitahu telah mendapat ikan di kolam itu.

“Mereka begitu bersemangat untuk memancing…selesai sahaja menunaikan solat asar, mereka berdua terus berlari ke kolam tersebut.

“Saya hanya duduk di beranda depan rumah untuk berehat dan sejam kemudian saya pergi ke kolam berkenaan tetapi hanya nampak selipar mereka sahaja,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas pengebumian dua beradik itu.

Mayat Ainnur Batrisyah ditemukan pada pukul 6.20 petang manakala Mohamad Solehudin, lima minit kemudian. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Kedua-dua mangsa merupakan anak kedua dan bongsu kepada pasangan Md Nasir dan Suhaini, manakala anak sulung mereka yang berusia 13 tahun sedang belajar di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau.

Dua beradik itu dikebumikan di liang lahad berasingan di Tanah Perkuburan Padang Lalang, dekat sini kira-kira pukul 1.02 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Muhd Nur Hishamudin Hashim mengesahkan menerima laporan kes mati lemas itu.

“Sepasukan anggota telah pergi ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd