• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Darul Hana Mercu Baharu Kuching Dirasmi 11.11.11 11/11

oleh
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tepat 11 malam 11 minit dan 11 saat malam tadi, 11 November, satu lagi mercu tanda ikonik, dirasmikan di bandar raya ini dengan pertunjukkan bunga api berirama yang memukau.

Digelar masyarakat Kuching sendiri sebagai jambatan emas yang berbentuk S, ia dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan kini dikenali secara rasmi dengan nama baharu, Jambatan Darul Hana.

Beliau dalam ucapannya, meluahkan keyakinan bahawa jambatan unik ini bakal melonjak nama ibu negeri Sarawak dan menyerlahkan lagi imej perwatakannya sebagai sebuah bandar raya yang mesra mudah saling berhubung.

“Buat pertama kalinya dalam sejarah, bahagian pusat bandar raya Kuching di sebelah utara dan selatan akhirnya dicantumkan dan menyerlahkan keindahan kedua-dua tebing dari tengah perairan Sungai Sarawak.

“Ia mengimbas pengalaman pertama saya menaiki sampan ke seberang sungai, pengalaman pertama berhari raya puasa di Kampung Lintang, apabila saya terlibat dalam tradisi berlanggar meja,” tambah Abdul Taib lagi.

Tanpa jambatan ini, ujarnya, Kuching tidak akan lengkap. Jambatan sepanjang 335 meter ini yang berteraskan dua batang tiang dan disokong dengan kabel itu dibina menyeberangi Sungai Sarawak selebar 200 meter.

“Ia sentiasa di hati semasa kami masih dalam kabinet. Tidak mudah untuk membinanya. Justeru saya berterima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada pembangunan dan menjayakan konsep ini,” katanya lagi.

Dibina khusus sebagai jambatan untuk kemudahan pejalan kaki yang menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan, reka bentuknya diperoleh dalam satu pertandingan, dengan memiliki elemen tradisi dan moden.

Ini termasuk dua tiang yang mempunyai simbol burung kenyalang. Disebabkan itu, ia seolah-olah berbentuk seperti huruf “S” bagi memudahkan aktiviti perkapalan melaluinya, selain menggambarkan imej Sarawak dan sungai

Pelengkap kepada Tebingan Kuching ini mula dibina pada tahun 2013 dengan kos keseluruhan RM35 juta. Tanggungjawab pelaksanaan projek ini diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES).

Kontraktor pembinaan dilaksanakan secara konsortium oleh PPES Works (Sarawak) Sdn. Bhd. dan Naim Land Sdn. Bhd. Reka bentuknya lengkap dengan dua ruang tinjau pula merupakan cetusan ilham KTA (Sarawak) Sdn. Bhd.

Malahan sentuhan akhir dilengkapi sistem pencahayaan LED. Ia adalah hasil ilham Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sendiri yang mahukan panorama jambatan ini berwarna-warni dan diingati.

Ini juga adalah sebagai penyeri terkini untuk pengindahan tebing Sungai Sarawak selepas projek Tebingan Kuching dan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak baharu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Darul HanaKuchingsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd