• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ARMADA Langgar Akta Pertubuhan – ROS

oleh AK-47
12/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinamakan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) tidak pernah wujud dalam perlembagaan parti itu.

Justeru, kata Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan parti adalah berat yang membolehkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surayati berkata sehingga kini, pihaknya belum meluluskan pindaan Perlembagaan PPBM yang menggunakan istilah ‘ARMADA’ untuk jawatankuasa Pemuda PPBM.

“Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

“Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan. Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya lagi, sebelumi ini ROS menerima aduan daripada beberapa ahli PPBM mengenai pemecatan beberapa ahli ARMADA.

“Terdapat juga aduan lain daripada ahli yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana Mesyuarat Agung sehingga kini belum dilaksanakan.

“ROS sudah memulakan siasatan sebaik sahaja aduan terbabit diterima.

“Aduan yang diterima adalah mengenai isu urus tadbir parti yang tidak berlandaskan perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Armada PPBMPPBM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Belum Muktamad Pembahagian Kerusi Di Johor

Next Post

Mawar Rashid Sah Bergelar Isteri Kepada Raf Yaakob

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

Next Post

Mawar Rashid Sah Bergelar Isteri Kepada Raf Yaakob

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd