• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Puteri Perlu Ada Konsep 6K Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Semua anggota Puteri UMNO di seluruh negara perlu berpegang kepada konsep 6K jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata konsep 6K itu merangkumi keihklasan, kesetiaan, kesungguhan, komitmen, kebijaksanaan dan kejayaan.

“Hanya dengan keihlasan dalam perjuangan tanpa mengharapkan sebarang balasan dan kesungguhan berjuang akan dapat memastikan parti mampu menang dua pertiga kerusi, baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen.

“Anggota Puteri juga harus mempunyai ciri kesetiaan kepada pemimpin dan parti, kebijaksanaan menguruskan hal keluarga, peribadi dan parti selain komitmen yang padu kepada perjuangan parti, barulah kejayaan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Puteri UMNO Cawangan-cawangan Negeri Pahang serta pelancaran Jentera PRU Ke-14 Puteri UMNO Pahang yang disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Naib Ketua Puteri UMNO Zahida Zarikh Khan dan Ketua Puteri UMNO Pahang Azlina Azma Mohd Azmi.

Menurutnya dalam keadaan gendang PRU yang akan dipalu pada bila-bila masa sahaja, semua anggota Puteri juga diminta memberi tumpuan terhadap beberapa perkara termasuk mendekati golongan wanita muda khususnya yang kali pertama dan kedua mengundi.

“Perjuangkan juga isu-isu kanak-kanak dan wanita kerana kita tidak mahu hanya dilihat sibuk dalam berpolitik semata-mata, tetapi titik beratkan juga isu-isu kebajikan dan kesusahan rakyat.

“Ini kerana cara perjuangan politik kini tidak lagi seperti dahulu, ia sudah jauh berubah dan ia memerlukan kita bekerja dengan lebih kuat jika ingin mengekalkan kemenangan parti,” katanya.

Selain itu, katanya semua jentera Puteri di setiap negeri perlu aktif mendaftar pengundi baharu termasuk kalangan anggota Puteri itu sendiri selain menjalinkan hubungan erat dengan semua lapisan pengundi. – BERNAMA

Tags: PRU14Wanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd