• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambiga Tidak Patut Berdiam Diri, Perlu Jawab Tuduhan

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga tidak sepatutnya berdiam diri, sebaliknya perlu tampil menjelaskan tuduhan bahawa beliau menjadi sumber maklumat berkenaan dakwaan transaksi kewangan antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), PAS dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ketika menegaskan perkara itu berkata langkah memberi penjelasan wajar dibuat kerana orang ramai sudah maklum tentang perkara berkenaan.

“Beliau sebagai seorang peguam dan seorang profesional sepatutnya tak berdiam diri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan prapelancaran Buku Panduan VVIP di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat terhadap dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada perdana menteri.

Dalam kenyataan pembelaannya pada 11 Okt lepas terhadap saman yang difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Rewcastle-Brown mendakwa beliau dan Ambiga bercakap mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

Sementara itu Ketua Pengarang Buku Panduan VVIP Zabidi Saidi berkata buku itu yang akan dicetak sekitar 3,000 sehingga 5,000 naskhah, bakal mengumpulkan biodata penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran seperti ‘Datuk’ dan darjah kebesaran utama lain.

Beliau berkata buku terbitan Mysuit Styles Sdn Bhd itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan lagi bagi penerbitan pertama membabitkan 100 orang penerima.

“Kami sasarkan buku ini mampu menjadi rujukan kepada orang ramai untuk mengenal pasti sama ada individu yang menerima darjah kebesaran dengan gelaran tertentu seperti Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri itu benar-benar sah atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya penerbitan buku edisi kedua dan seterusnya bagi mengemas kini senarai nama-nama berkenaan akan dibuat dari semasa ke semasa selepas itu. – BERNAMA

Tags: AmbigaDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Haramkan Kahwin Budak, Ambiga Beritahu Kerajaan

29/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu lebih berani dalam membuat keputusan yang tegas mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, kata peguam dan aktivis...

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd