• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amalan KBAT Ditahap Lebih Baik 3 Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penguasaan pelajar dan guru terhadap amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) akan berada pada tahap lebih baik dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata sebagai satu proses atau kaedah berfikir yang dimasukkan dalam pengajaran di sekolah, KBAT bukanlah satu program yang kejayaannya boleh berlaku dalam sekelip mata.

Melalui KBAT, katanya pelajar disasarkan mempunyai kebolehan berfikir dan menjawab dengan cepat serta mampu berkomunikasi terhadap perkara yang disoal.

“Contohnya, bila di letakkan gambar labu sayung, kita mahu pelajar segera memberi takrifan kepada labu sayung seperti berasal dari Perak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2) di sini hari ini.

Majlis bacaan ikrar itu, yang juga diadakan serentak di sekolah seluruh negara anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

“KBAT adalah satu proses yang bermakna amalannya perlu mengambil masa sebelum kejayaan sebenar dapat dilihat.

“Dalam hal kegagalan KBAT, kita tidak salahkan guru, pelajar dan sistem sebab ia adalah satu proses, malah dalam mencapai matlamat pelaksanaannya, para guru sentiasa dilatih secara berterusan agar dapat memahami budaya KBAT sepenuhnya,” katanya.

Mengenai Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara, Mahdzir berkata inisiatif yang diambil JPNIN adalah amat bersesuaian dalam memupuk semangat patriotisme bermula daripada sekolah, khususnya dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Menurutnya, JPNIN menggubal modul silang budaya berkonsepkan santai menggunakan formula 3B iaitu bermain aktiviti dalam suasana menyeronokkan, berkongsi pengalaman diri dan nilai dan bertoleransi melalui penerimaan perbezaan budaya.

“Pelaksanaan di sekolah membuktikan jaringan strategik antara Kementerian Pendidikan dan JPNIN mampu meningkatkan kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap budaya, adat resam, amalan, kepercayaan dan cara hidup kaum lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidKBAT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon SPM 2020 Kuasai Tahap Minimum KBAT Meningkat

10/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Keupayaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menguasai tahap minimum Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menunjukkan peningkatan pada...

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd