• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Pembangkang Diarah Keluar Dewan

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Wakil rakyat pembangkang Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) diarah keluar dewan dan digantung daripada mengikuti persidangan hari terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kerana mengingkari arahan Speaker Datuk S. Thangeswary.

Thangeswary membuat keputusan itu apabila Lee enggan mengikut arahannya yang meminta Anggota DUN itu duduk dan tidak menimbulkan kekecohan yang boleh menganggu dewan.

Terdahulu, Lee mengusulkan kepada dewan supaya menghadapkan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya pada persidangan DUN, Jumaat lepas.

“Saya mengusulkan Yang Berhormat Slim dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah menghina kemuliaan dewan dan saya minta Speaker membuat keputusan atas usul ini,” katanya.

Thageswary kemudian menolak usul tersebut kerana perkara itu perlu dirujuk kepada hansard terlebih dahulu.

Beberapa wakil rakyat pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan itu manakala Lee juga enggan mengikut arahan Speaker yang memintanya duduk.

Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) kemudian bangun dan mengusulkan Perintah Tetap 44 (3) Perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Perak supaya Lee digantung perkhidmatannya sebagai ahli dewan sehingga tamat sidang dewan.

Datuk Mohd Tarmizi Idris (BN-Kenering) menyokong usul itu sebelum Thangeswary mengarahkan bentara dewan untuk mengiringi keluar ADUN Pasir Pinji itu kerana melanggar peraturan dewan dan mengganggu sesi perbahasan.

“Sebab Yang Berhormat (Pasir Pinji) tidak mengikut arahan dan berkelakuan huru-hara, saya mengarahkan Yang Berhormat keluar dari dewan ini dan digantung perkhidmatan sebagai ahli dewan sehingga tamat persidangan hari ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ADUN PembangkangHoward Lee Chuan How
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak: Enam ADUN Pembangkang Angkat Sumpah

14/02/2022
0

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok parti pembangkang turut mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN...

Ujian Lebih Besar Daripada 3 Adun Mati

09/08/2018
0

TAKZIAH buat PKR dan Pakatan Harapan (PH) atas tiga kematian Adunnya di Selangor dalam masa kurang daripada 100 kemenangannya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd