• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Halim Dilantik Sebagai Tim. Speaker Dewan Negara

oleh Ahmad Albab
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad dilantik semula sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara bagi penggal kedua, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran dalam satu persidangan khas di Dewan Negara, Bagunan Parlimen.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Abdul Halim, 77, berkata beliau akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan mempertahankan kedudukan institusi tertinggi negara itu.

“Saya berikrar untuk terus melaksanakan tugas dengan cemerlang dan membawa Dewan Negara ke satu tahap yang lebih baik.

“Saya juga akan terus memastikan kualiti perbahasan ahli-ahli Dewan Negara dipertingkatkan,” katanya.

Abdul Halim, yang memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah, pernah menjadi Setiausaha Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dari 2004 hingga 2013.

Beliau menjadi Ahli Dewan Negara pada November 2014 sebelum dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara 18 April 2016.

Pada persidangan itu, Dewan Negara turut meluangkan satu minit bertakafur bagi mendoakan dan mengingati bekas Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada 11 September lalu. – BERNAMA

Tags: Dewan NegaraSenator
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cecah Usia 52 Tahun, SRK Masih Kacak. Ini Rahsianya…

Next Post

100 NGO Islam Serah Memo Sokong Bajet 2018

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

Next Post

100 NGO Islam Serah Memo Sokong Bajet 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd