• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

545 Saman Dikeluarkan Dalam Op Samseng Jalanan

oleh Ahmad Albab
19/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 545 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan semalam di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata dalam operasi yang bermula kira-kira 10 pagi dan berakhir pada 2.30 pagi itu, pihaknya turut menahan seorang remaja berusia 16 tahun disyaki terlibat dalam kes curi motosikal.

Katanya, tiga fokus utama operasi berkenaan ialah mengesan kesalahan trafik, mencegah jenayah curi kenderaan dan memastikan pengguna jalan raya bebas daripada pengaruh dadah.

“Operasi ini dijalankan berterusan dan malam ini kita fokus kepada tiga perkara berkenaan selain daripada operasi perjudian dan maksiat yang turut kita bagi tumpuan,” katanya kepada pemberita selepas hadir di operasi yang dijalankan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Dalam operasi itu, sebanyak 32 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan dan seorang lelaki turut ditahan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol ​​​​​​manakala seorang lagi lelaki ditahan positif ujian saringan air kencing, katanya.

Mazlan berkata, seramai 12 pegawai dan 121 anggota terlibat dalam operasi yang dijalankan di Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Tun Perak dan Jalan Parlimen itu. – BERNAMA

Tags: Op Samseng Jalanansaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd