• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Tahun Baju Tidak Berbasuh Akibat Sakit

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Bukan seminggu atau sebulan sebaliknya lebih lima tahun pakaian lusuh tidak pernah dibersihkan dan dibiarkan berselerak manakala sampah-sarap bertaburan.

Ia malahan memenuhi setiap inci ruang tamu rumah seorang lelaki di Taman Seri Jaya, di sini.

Malah, lelaki dikenali sebagai A Raju, 49, yang hidup sebatang kara itu dikatakan mengalami kemurungan dan mempunyai masalah kesihatan selepas ditinggalkan isteri dan dua anak lelakinya lima tahun lalu.

Dia tidak lagi menghiraukan kehidupannya dan hanya berharap bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk menyara hidupnya.

Raju berkata, sejak lima tahun lalu, dia tidak pernah memasak apa jua makanan di rumahnya selain pakaian digunakan tidak dibasuh dan dibiarkan berselerak kerana biasanya ia dibersihkan isterinya.

“Saya tidak tahu hendak buat macam mana dengan pakaian berkenaan sebab itu saya biarkan saja, makan tengah hari dan malam pula saya dapatkan dari kedai berhampiran selain ihsan orang ramai yang bersimpati.

“Saya tidak larat untuk mengemas rumah sebab saya juga menghidap sakit sendi menyebabkan keadaan rumah terbiar,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R. Vidyananthan, semalam.

Raju berkata, dia berbesar hati sekiranya ada pihak membantunya membersihkan rumah kerana penyakit dialaminya membataskan pergerakannya untuk mengemas sendiri.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan dan melakukan tindakan susulan dalam masa terdekat terutama membersihkan pakaian serta membuang semua sampah sarap di dalam rumah terbabit.

“Ketua MIC Bahagian Kluang, G Raman dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan kerja sukarelawan dan melaksanakan tugas pembersihan itu supaya lelaki berkenaan boleh hidup selesa.

“Selain itu, lelaki ini perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut berkaitan penyakitnya supaya dia boleh menjalankan tugas ringan seperti menjaga kebersihan rumah serta melakukan kerja untuk sara hidup seharian,” katanya. – myMetro Online

Tags: BAJUpengotor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tubuh Pasukan Khas Tangkis Fitnah Media Sosial

Next Post

Perlis Pantau Aktiviti Penceramah Agama

Related Posts

Wanita China Ludah Butang Lif Kerana Marah

17/02/2020
0

CHONGQING - Seorang wanita China bertindak meludah butang lif di bandar Chongqing yang dikhuatiri mampu menyebarkan wabak koronavirus (Covid-19). Tindakan...

Paksa Teman Lelaki Pakai Baju Terpampang Wajahnya

10/02/2019
0

SEORANG wanita yang amat bimbang jika ada wanita lain cuba mengganggu teman lelakinya mendapat idea untuk menghalang perkara itu daripada...

Next Post

Perlis Pantau Aktiviti Penceramah Agama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd