• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Juta Batang Rokok Seludup Dirampas Nilai Cukai RM2.1j

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan merampas tiga juta batang rokok seludup dengan nilai cukai RM2.1 juta.

Pengarah JKDM negeri Datuk Abdullah Jaapar berkata rampasan dibuat oleh MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 6 petang pada Isnin lepas.

“Hasil serbuan pada dagangan yang tiba dari Ho Chi Minh, Vietnam itu menemukan sejumlah tiga juta batang rokok di tempat pemunggahan barang-barang.

“Barangan itu diikrarkan sebagai barangan am dan pelbagai bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Pihak kastam telah menyita kesemua barangan tersebut kerana disyaki diimport tanpa melalui prosedur pengimportan yang sah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semakan nama syarikat yang tertera pada barangan itu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tidak wujud.

“Siasatan terperinci akan diteruskan bagi mengenal pasti dalang yang terlibat dalam penyeludupan ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan, atau dipenjarakan maksima tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Abdullah turut meminta orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak kastam berkaitan sebarang kegiatan penyeludupan barangan seperti dadah, rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi 1-800-88-8855. – BERNAMA

Tags: KastamRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd