• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

27 Premis Makanan Kotor Di Seremban Diarah Tutup

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan 27 premis makanan di daerah Seremban yang didapati kotor ditutup dua minggu bermula Rabu lepas.

Pengarahnya Dr Zainudin Mohd Ali berkata arahan penutupan itu dikeluarkan susulan operasi bersepadu premis makanan bersih yang dijalankan di 59 premis makanan kategori restoran di sekitar daerah Seremban pada hari tersebut.

“Arahan penutupan itu adalah di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Sebanyak 147 notis yang boleh dikompaun di bawah Seksyen 32B akta sama dikeluarkan bernilai RM32,400.

“Seramai 42 orang pegawai kesihatan daerah terlibat dalam operasi sembilan jam itu bermula pukul 9 pagi hari berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya sehingga September lepas, sebanyak 5,675 premis makanan telah diperiksa dan 125 daripadanya diperintah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Beliau berkata 1,527 notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 yang boleh dikompaun bernilai RM299,650 telah dikeluarkan kepada pemilik dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dr Zainudin berkata sepanjang tahun 2016 sebanyak 6,358 premis makanan diperiksa dan 124 daripadanya diperintah tutup. – BERNAMA

Tags: kedai makankotor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

04/06/2024
1

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai makan dekat sini....

Insiden Pokok Tumbang Berulang Di Sekitar Ibu Negara

Premis Makanan Kotor Diarah Tutup Serta-merta

25/05/2024
1

HULU SELANGOR: Sebuah premis makanan di Hulu Bernam, di sini diarah tutup serta-merta selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor, semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd