• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Tren MRT Singapura Berlanggar, 25 Cedera

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seramai 25 orang cedera, termasuk dua kakitangan SMRT selepas sebuah kereta api bertembung dengan sebuah tren lain yang tidak bergerak di stesen Joo Koon pagi Rabu.

Agensi berita tempatan MediaCorp melaporkan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada pukul 8.33 pagi.

Secara keseluruhannya 23 penumpang dihantar ke hospital, sebahagian besar daripada mereka cedera ringan, menurut SCDF. Stesen Joo Koon berada di Laluan SMRT Timur-Barat (EWL).

Dua daripada 25 mangsa terbabit dianggap berada dalam keadaan ‘kecemasan’ kerana mengalami kecederaan serius seperti patah kaki dan tulang terseliuh, lapor MediaCorp.

Salah seorang penumpang sempat menulis menerusi laman Facebook tentang pengalaman insiden tersebut dan berkata bahagian belakangnya cedera akibat pertembungan itu.

Video yang dihantar kepada pihak MediaCorp menunjukkan sebahagian platform Joo Koon terpaksa ditutup buat sementara waktu berikutan insiden tersebut.

Insiden ini pula berlaku pada waktu sama apabila EWL dan Laluan Circle secara kebetulan mengalami kelewatan teruk pada waktu sibuk pagi ini.

Menurut kicauan SMRT pada 8.25 pagi, menyatakan ada kerosakan kereta api di stesen Joo Koon. Pihak SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) belum mengeluarkan komen.

Insiden terbaharu itu menjejaskan imej SMRT yang sebelum ini menanggung malu apabila kerap kali perkhidmatan terganggu akibat bekalan elektrik terputus. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

https://www.facebook.com/ChannelNewsAsia/videos/10155128781352934/

Tags: LTASingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd