• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Diberkas Simpan Hampir 30,000 Pil Khayal

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Dua rakan yang baru berjinak-jinak dalam kegiatan pengedaran pil khayal diberkas polis minggu lepas, kerana disyaki menjadikan rumah masing-masing di Jalan Tepi Sungai di sini, sebagai stor menyimpan pil ekstasi dan Erimin 5.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata kedua-dua suspek lelaki berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas dua buah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan berkenaan, antara pukul 1.30 pagi hingga 3 pagi, 16 Nov lepas.

“Dalam kedua-dua serbuan itu, polis merampas sejumlah 2,900 biji pil ekstasi serta 27,000 biji pil Erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM500,000 selain merampas sebuah kereta jenama Toyota dan wang tunai RM2,000 daripada suspek,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amar, siasatan awal pihaknya mendapati pil-pil yang dirampas adalah untuk pasaran di sekitar daerah ini serta Kuala Lumpur manakala nilai pasaran bagi sebiji pil ekstasi adalah sekitar RM30 dan RM15 untuk sebiji pil Erimin 5.

Selain itu, katanya siasatan mendapati kedua-dua sahabat yang tinggal dalam jarak 100 meter antara satu sama lain itu baru sebulan mengedar pil-pil berkenaan.

Tambah beliau, siasatan lanjut juga mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine, bagaimanapun kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis kini sedang mengesan seorang suspek utama yang dipercayai membekalkan pil-pil berkenaan kepada kedua-dua suspek yang kini direman sehingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Shamsul Amar RamliPil Khayal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Utama Kes Tetak Wanita Di Klang Ditahan

13/03/2018
0

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes isterinya ditetak dalam kejadian di Taman...

Siasatan Penganjur Maraton Di Klang Diklasifikasi NFA

26/02/2018
0

SHAH ALAM - Siasatan terhadap penganjur acara Maraton Antarabangsa Bandar Klang 2017, Disember lepas, yang tidak memiliki lesen penganjuran larian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd