• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Hadapi Pertuduhan Hantar SMS Lucah

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, masing-masing terhadap tujuh dan tiga pertuduhan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang wanita, kira-kira tiga tahun lalu.

Nor Zeland Ithnin, 57, yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan Klinik di Pahang menghadapi tujuh pertuduhan menghantar SMS lucah kepada wanita itu di Bandar Baharu Sunggala, Port Dickson dekat sini di antara 5.26 pagi hingga 9.20 pagi pada 16 hingga 19 Ogos 2014.

Othman Kadir, 68, yang merupakan Pembantu Perubatan Klinik di Melaka menghadapi tiga pertuduhan menghantar SMS lucah kepada wanita yang sama di tempat sama di antara 12.29 malam hingga 4.03 pagi pada 6 hingga 7 Ogos 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi.membenarkan Nor Zeland dan Othman, masing-masing diikat jamin RM1,500 dan RM1,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dihadapi masing-masing dan menetapkan 27 Disember untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Mohd Zamri. – BERNAMA

Tags: SMS Lucah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd