• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 MoU Perniagaan Dijangka Ditandatangani

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 16 Memorandum Persefahaman (MoU) perniagaan akan ditandatangani semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) mulai esok sehingga 23 Nov di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Pengerusi WIEF Foundation, Tun Musa Hitam berkata, ia sekali gus membuktikan kejayaan forum itu dalam mempertemukan syarikat multinasional pelbagai negara untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang perniagaan yang kebanyakan berkaitan ekonomi digital.

WIEF juga berjaya menghimpunkan komuniti perniagaan dari seluruh dunia atas​​​​​​ ​peranannya bertumpu bidang perniagaan tanpa menyentuh bidang politik dan agama, katanya ketika berucap pada majlis​​​​​​ ​makan malam untuk mengalu-alukan ketibaan peserta WIEF di sini, hari ini.

Beliau berkata, konsep WIEF itu ternyata dapat diterima oleh komuniti perniagaan antarabangsa.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berucap mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Seramai 2,476 peserta dari 75 negara termasuk Malaysia telah mendaftar untuk menyertai forum ini. – BERNAMA

Tags: Tun Musa Hitam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandangan Tun Musa Hitam Terhadap Kit Siang

10/03/2021
0

Pandangan Tun Musa Hitam terhadap Kit Siang dalam wawancara Mingguan Malaysia 7 Mac 2021. LIM KIT SIANG Saya kenal dia...

Musa Hitam Sangkal Video Tular Kaitkan PM

14/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini menyangkal satu video tular di media sosial menunjukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd