• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13,873 Mangsa Banjir Di Kelantan Malam Ini

oleh Ahmad Albab
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 13,873 orang pada pukul 9 malam ini berbanding 13,003 orang pada 5 petang tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 5,493 keluarga itu masih ditempatkan di 62 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 10,445 orang daripada 4,352 keluarga yang ditempatkan di 41 PPS, diikuti Tumpat dengan 2,245 mangsa daripada 788 keluarga dipindahkan ke enam PPS.

Selain itu, 828 mangsa daripada 247 keluarga masih tinggal di lapan PPS di Pasir Puteh, 214 mangsa daripada 63 keluarga masih menghuni empat PPS di Kota Bharu dan 141 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Tanah Merah.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dilaporkan menurun kepada 10.34 meter pada pukul 8 malam ini berbanding 10.39 meter pada 4 petang tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menunjukkan penurunan kepada 3.71 meter berbanding 3.71 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya ialah 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat tengah hari tadi manakala cuaca pada malam ini hujan renyai-renyai di beberapa tempat. – BERNAMA

Tags: Banjir Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Kelantan: 1,437 Orang Di Lima PPS

06/03/2022
0

Kota Bharu : Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi ini berbanding 1,879 orang...

Banjir Kelantan: Penduduk Mula Pulang Bersihkan Rumah

04/03/2022
0

PASIR MAS: Sebahagian mangsa banjir di daerah ini mula pulang ke rumah masing-masing bagi meninjau kerosakan dan memulakan kerja pembersihan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd