• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zainal Kecewa Penganjur Sukan Sea Belum Bayar Gaji

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA malam Merdeka di Stadium National Bukit Jalil, penyanyi tanah air, Datuk Zainal Abidin adalah antara yang dijemput untuk melakukan persembahan sempena upacara majlis penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Walau bagaimanapun, dua bulan selepas tamatnya acara, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Hijau’ itu tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak penganjur KL2017.

Memetik laporan Malaysiakini, Zainal berasa seperti tidak diendahkan apabila bayaran persembahannya dan beberapa artis lain sehingga ke hari ini masih belum dilunaskan oleh penganjur.

Zainal menjelaskan bahawa walaupun mereka tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan, kerja keras mereka harus dikompensasi seperti dalam perjanjian yang ditandatangani di antara mereka dan pihak penganjur.

“Bukan sekadar menteri yang mahukan kehidupan mewah, kami artis juga mahukan kehidupan yang baik,” luahnya kepada portal tersebut.

Berkongsi sentimen yang sama, penyanyi Adibah Noor Mohd Omar menerusi laman Facebooknya turut mengekspresikan keluhan kecewa yang sama terhadap pihak berkenaan yang dianggap memberikan alasan tidak munasabah.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, keluhan mereka akhirnya telah sampai kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Adibah menerusi Twitter memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali kerana keprihatinan terhadap isu yang disuarakan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Adibah NoorSukan SEA KL2017Zainal Abidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lama Tertangguh, Fikry Sambung Belajar Semula

Next Post

“JDT Tidak Perlu Menang Pun Piala Malaysia”

Related Posts

Adibah Noor Tegur Sebutan Nyanyian Haqiem Rusli

14/06/2018
0

SINGLE terbaru penyanyi muda yang juga berbakat mencipta lagu, Haqiem Rusli berjudul Jatuh Bangun bergandingan dengan penyanyi rap, Aman Ra...

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan Karbon Dioksida

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai...

Next Post

"JDT Tidak Perlu Menang Pun Piala Malaysia"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd