• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi

oleh AK-47
09/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERUK dikecam netizen hubungan pakaiannya yang dianggap terlalu seksi, penyanyi Mila Jirin memohon maaf atas kekhilafannya.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin memohon maaf kepada peminat dan semua pihak berkenaan aksinya dalam sekeping fotonya yang dikatakan kurang sopan dan seksi yang telah tular di laman sosial.

Katanya, gambar yang diambil semasa terlibat dalam satu sesi fotografi sebuah akhbar itu bukan untuk ‘ditayangkan’ kepada umum, sebaliknya hanya untuk tujuan suka-suka dan untuk dijadikan simpanan peribadi.

“Gambar itu diambil suka-suka dengan kawan-kawan pereka fesyen Seth & Luna sewaktu sesi fotografi saya dengan sebuah akhbar minggu lalu.

“Saya pun tidak muat naik gambar tu di Instagram sebabnya ia hanya untuk simpanan Seth & Luna. Saya tidak tahu mereka muat naik di laman sosial mereka dan menjadi tular,” katanya dipetik mStar Online.

Foto yang menunjukkan dirinya yang mengenakan sepasang dres dan berseluar ketat warna kulit sambil dalam posisi berbaring dalam tab mandi itu menerima komen negatif daripada netizen, dengan rata-rata mereka menyifatkan pakaian tersebut tidak bersesuaian dengan imejnya yang kini sudah bertudung.

“Saya sudah pun meminta pereka fesyen Seth & Luna untuk padamkan gambar tersebut di Instagram mereka kerana ia tidak sesuai untuk tontonan khalayak. Malangnya ia sudah tular ke media sosial lain.

“Saya mohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dan marah. Saya akui gambar tersebut tidak sepatutnya diambil,” ujarnya.

Disebabkan komen-komen yang diterimanya, Mila berjanji akan lebih berhati-hati untuk bergambar walaupun hanya untuk simpanan peribadi.

Dalam pada itu, pereka fesyen Seth & Luna yang bertanggungjawab memuat naik gambar tersebut turut meminta maaf kepada Mila dan kesal kerana isu seperti ini mencalarkan imej penyanyi lagu Bukan Isteri Sempurna itu.

“Secara jujurnya kami memohon maaf kepada Mila, sahabat dan juga pelanggan kami yang sudah hampir tiga tahun setia semenjak Seth & Luna bertapak dalam industri kerana isu murahan ini telah sedikit memberi kesan terhadap imej beliau,” tulisnya di laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC

Tags: foto seksiMila Jirin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mila Jirin Terima Hadiah Bernilai Setengah Juta Ringgit

05/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Jutawan bisnes katering, Mila Jirin, 31, dikejutkan dengan hadiah istimewa apabila menerima sebuah kereta mewah jenama Mercedes...

Mila Jirin Keguguran, Doa Dapat Anak Segera

10/08/2016
0

TAKZIAH diucapkan kepada Mira Jirin atas kehilangan cahaya mata sulung apabila disahkan keguguran pada Ramadan lalu. Menurut juara Akademi Fantasia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd