• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Benjy Luah Perasaan Di Twitter

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEHARI selepas pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim menerima hukuman 11 tahun di dalam penjara oleh mahkamah Indonesia atas cubaan menyeludup dadah jenis syabu ke Sumatera, adiknya pelakon Elza Irdalynna membuat luahan tentang isu tersebut.

Menerusi akaun Twitter, Elza meluahkan perasaannya tentang aktor berusia 38 tahun itu, yang lebih popular dikenali sebagai Benjy.

Dalam entri tersebut, Elza seperti mahu memberitahu kepada orang ramai bahawa kesalahan Benjy itu telahpun dimaafkan oleh mereka sekeluarga dan hubungan antara adik-beradik tidak akan terputus meskipun lelaki itu telah dipenjarakan di negara seberang.

“Bercerita tentang Ben. Sebelum ini, saya menahan diri daripada membuat sebarang kenyataan. Namun hari ini saya berasa terpanggil untuk mengatakan sesuatu.

“Ben, dengan segala keburukan dan kesalahannya, ialah darah daging saya. Dia merupakan abang yang menjaga saya dan adik perempuan saya semasa kedua-dua ibubapa kami keluar bekerja. Sejak kecil lagi dia diberi tanggungjawab untuk menjaga rumah kami dan terpaksa mengorbankan masa bermainnya dengan rakan sebaya supaya dia boleh menjaga kami.

“Ben, dengan segala kesilapan dan keputusan tidak baiknya, ialah abang saya. Dialah yang melindungi saya ketika saya perlukannya, dia merupakan ‘perisai’ adik-adik perempuannya. Saya jadi lebih berani, kerana saya tahu dialah abang saya.

“Ben, dalam segalan kesalahan dan dosanya, ialah ahli keluarga saya. Dan tidak kira berapa tahun sekalipun, sama ada 14 atau 11, masa tidak akan menjarakkan hubungan kami adik-beradik.

“Saya tidak memandang Ben dari sudut kesalahannya. Saya menyayanginya sebagai abang. Saya maafkannya sebagai ahli keluarga. Tetap saya, sebagai adiknya, akan sentiasa berada bersamanya sehingga akhir nanti,” tulis anak kedua arwah pelakon Azean Irdawaty yang meninggal dunia pada 2013.

Di samping hukuman penjara, Benjy juga diarahkan untuk membayar denda US$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: benjydadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd