• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Jepun Maut Kerja Lebih Masa 159 Jam

oleh
08/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Stesen penyiaran kebangsaan Jepun, NHK, berjanji semak semula amalan kerja selepas seorang wartawan muda mati akibat bekerja lembur selama lebih 159 jam dalam masa sebulan.

Media tempatan melaporkan ketika kejadian, Miwa Sado, yang waktu itu baru berusia 31 tahun, sedang membuat liputan politik di Tokyo. Beliau ditemui mati di katilnya sambil memegang telefon bimbit pada Julai 2013.

Setahun kemudian, pihak berkuasa Jepun mengesahkan kematiannya ada kaitan dengan kerja lembur atau lebih masa yang keterlaluan. Mendiang hanya mempunyai dua hari cuti dalam bulan sebelum beliau meninggal dunia.

Bagaimanapun NHK akhirnya mendedahkan kes ini kepada orang awam empat tahun kemudian, ekoran ‘paksaan’ ibu bapa Miwa yang bertekad mengambil tindakan agar orang lain tidak ditimpa nasib malang seperti mereka.

Kes seperti ini mendedahkan masalah di Jepun apabila masih terdapat kematian akibat kerja sedemikian. Ia dikenali sebagai ‘karoshi’ dalam bahasa tempatan di tengah-tengah budaya Jepun yang panjang waktu bekerja.

Kes nadir sebegini sesuatu yang memalukan bagi pihak NHK sendiri kerana sebelum ini agensi penyiar nasional tersebut sering berkempen secara terbuka bagi membantah waktu bekerja panjang di negara matahari terbit itu.

Miwa ditugaskan untuk membuat liputan kempen pilihan raya kebangsaan di sekitar Tokyo pada bulan Jun 2013 lalu dan proses undian pihak berkuasa bagi sesi pemilihan anggota parlimen pada bulan berikutnya.

Baca: Jepun Wajib ‘Penagih Kerja’ Cuti Berbayar 5 Hari Setahun

Mendiang meninggal dunia tiga hari selepas pilihan raya akibat kegagalan jantung yang tidak cukup berehat. Ibunya memberitahu agensi berita Asahi: “Hancur hati saya apabila memikirkan dirinya mungkin mahu menelefon saya.

“Dia dikatakan cuba menghubungi saya pada saat-saat terakhirnya dengan telefon masih di tangan. Dengan pemergian Miwa, separuh nyawa saya seolah-olah sudah tiada. Saya tidak berupaya ketawa sepanjang hayat.”

Kisah Miwa ternyata mengejutkan negara itu kerana NHK selama ini aktif melaporkan kematian tragis di syarikat lain, termasuk berita tragik seorang wanita muda dalam agensi pengiklanan Dentsu maut pada 2015 lalu.

Mangsa dilaporkan terpaksa bekerja lembur selama lebih 100 jam dalam masa sebulan. Presiden NHK, Ryoichi Ueda pada Khamis dilaporkan sedia berikrar akan memperbaiki amalan kerja berlebihan di perbadanan itu.

“Kami meminta maaf kepada keluarga Miwa atas pemergiannya. Beliau merupakan seorang wartawan yang sangat baik dan kami menganggap serius kematian mendiang yang berkaitan dengan cara tempat kerja,” katanya.

NHK diwujudkan sejak 1924 diuruskan kerajaan Jepun di bawah akta Parlimen. Ryoichi seterusnya menambah: “Kami terus mengusahakan pembaharuan dan bekerjasama dengan ibu bapanya.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jepunNHK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd