• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Menyorok Belakang Bunting Iklan Lari CCTV

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Gelagat dua lelaki yang cuba melarikan diri dengan cara ‘luar biasa’ selapas merompak di sebuah kompleks beli belah di sini, berjaya dirakam kamera litar tetutup (CCTV).

Dalam kejadian kira-kira jam 12.53 tengah malam di Kompleks Kemaman Central Point, dua suspek lingkungan usia lewat 20-an itu memecah masuk ke pusat beli belah berkenaan.

Mereka memotong mangga salah satu pintu masuk di belakang bangunan. Tindakan suspek yang bersenjatakan batang besi dan sebilah pisau itu bagaimanapun mengundang padah.

Ia berlaku apabila kehadiran mereka kemudian berjaya disedari beberapa pengawal keselamatan yang kemudian bertindak pantas membuat panggilan polis.

Dua suspek berkenaan menerusi rakaman CCTV cuba melindungi diri di sebalik bunting atau gegantung iklan ketika menuruni eskalator daripada dikesan pengawal keselamatan yang memantau rakaman.

Namun dengan bantuan daripada polis, pihak pengurusan kompleks itu dan bersama dengan beberapa orang awam segera mengepung bangunan tersebut.

Menurut Afzulnizam Aris, dia yang memuat naik gambar dan video kejadian berkata, ketika mereka cuba menahan dua lelaki itu, salah seorang daripadanya cuba melibas batang besi ke arah mereka.

Mujur mereka sempat mengelak. Kedua-dua suspek itu akhirnya berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CCTVmerompakpusat beli-belah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

09/02/2025
0

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam...

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd