• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lagi Kes Curi Coli Di Kedai Dobi 24 Jam

oleh AK-47
29/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDAI dobi layan diri memang dijadikan pilihan kebanyakan warga kota kerana ianya memudahkan selain harganya juga berpatutan.

Disebabkan proses membasuhnya memakan masa lebih kurang setengah hingga satu jam, ramai yang memilih untuk pergi ke tempat lain sementara menunggu proses basuhan selesai.

Tapi jaga-jaga, takut selepas ini ada pula yang kehilangan pakaian dalam pula gara-gara individu ini yang sedang giat menjalankan ‘operasi mengumpul’ di kedai dobi.

Menerusi laman Facebook, rakaman video berdurasi 55 saat memaparkan tindakan seorang lelaki mencuri baju dalam wanita dalam kejadian di sebuah kedai dobi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mencetuskan panik orang ramai.

Menurut pemilik premis Dobi Depot, insiden dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 malam Jumaat lalu, ketika ketiadaan pelanggan di premis tersebut.

Dalam rakaman litar tertutup (CCTV), lelaki yang berbaju kemeja-T hitamitu dilihat menyelongkar sebuah mesin basuh sambil memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak mencuri pakaian dalam.

Suspek kemudiannya menyembunyikan pakaian dalam yang dipercayai coli di dalam seluarnya sebelum bertindak meninggalkan premis tersebut.

Susulan insiden itu, Dobi Depot menerusi kenyataan di laman Facebooknya mengingatkan golongan wanita supaya berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian mereka.

“Kegiatan mencuri pakaian dalam wanita di kedai dobi layan diri semakin menjadi-jadi sekarang ini dan terkini terjadi di Dobi Depot, Kuala Pilah pada 20 Oktober 2017 lalu.

“Pihak kami ingin mengingatkan supaya kaum wanita mengambil langkah berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian anda serta peka dengan persekitaran keliling,” katanya.

Julai lalu, netizen turut digemparkan dengan insiden seorang lelaki yang dikatakan berpangkat ‘pak cik’ didakwa menyelongkar beberapa mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk mencari pakaian dalam wanita. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kedai DobiPakaian Dalam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti

Next Post

‘Datuk Seri’ Pukul Rela Memalukan – Lee Lam Thye

Related Posts

Mayat Rentung Kemalangan Seorang Penuntut Kolej

‘Di Mana Bella? Dia Tak Pergi Kedai Dobi Pun…’

27/12/2023
0

BATU PAHAT: Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir dua minggu lalu masih menimbulkan misteri meskipun...

Penganggur Didakwa Bunuh 3 Kucing Dalam Mesin Basuh

16/07/2020
0

SELAYANG - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh tiga ekor kucing dengan...

Next Post

'Datuk Seri' Pukul Rela Memalukan - Lee Lam Thye

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd