• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ultraman ‘Selamatkan’ Budak Menangis Di Kedai Gunting

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Di sebuah kedai gunting rambut di Sungai Ara, Bayan Lepas, muncul seorang adiwira “menyelamatkan” kanak-kanak menangis.

Kemunculan istimewa Ultraman di Boogie Woogie Barbershop, di sini untuk memujuk kanak-kanak agar tidak menangis ketika rambut digunting.

Nor Fadzly Hamizam, 32, mengakui sambutan diterimaya agak menggalakakan khasnya kanak-kanak terhadap kemunculan hero itu pada Khamis, lapor mStar Online.

“Kebiasaannya, kanak-kanak ini susah nak duduk diam bila nak digunting rambut. Belum lagi yang menangis, sampai mak ayah kena pujuk mereka.

“Kami gunakan pendekatan mesra pelanggan kanak-kanak yang dapat membantu menenangkan mereka sepanjang rambut digunting,” kata pemilik kedai itu.

Mesra disapa Cik Li, dia berkata selain Ultraman, beberapa lagi kostum adiwira akan dipakai secara bergilir oleh empat tukang gunting di premisnya.

Katanya, antara watak itu ialah seperti Ironman, Spiderman, Mickey Mouse, Minnie Mouse, Hello Kitty, termasuk watak dari filem Star Wars.

“Jangan risau, tukang gunting rambut tidak akan pakai kostum. Tapi adiwira atau maskot akan berada di sisi kanak-kanak supaya mereka lebih tenang.

“Selain itu, tiada caj tambahan untuk penampilan khas adiwira atau maskot ini,” katanya menambah operasi bermula setiap hari kecuali Isnin, bermula 2.30 petang.

Namun Nor Fadzly berkata adiwira itu ditentukan secara rawak dan pihaknya akan memaklumkan tiga hari lebih awal kemunculan indentiti adiwira di Facebook kedai itu.

Kadar bayaran di premis bersama rakan kongsi, Muhammad Nawawi Abdullah, 28, dikenakan RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kedai gunting rambutlucutUltraman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rossa Nafi Sudah Bertunang Dengan Afgan

Next Post

Pandangan Tun M Timbulkan Pelbagai Persoalan – Salleh

Related Posts

Tukang Gunting, Peniaga Pasar Malam Tarik Nafas Lega

05/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha di sektor perkhidmatan gunting rambut, peniaga pasar malam dan khidmat mencuci kereta, hari ini boleh menarik...

Pasar Malam, Kedai Gunting, Pusat Cuci Kereta Dibenar Beroperasi

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Next Post

Pandangan Tun M Timbulkan Pelbagai Persoalan - Salleh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd