• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunai Umrah Disember Ini, Rezeki Nana Makin Murah

oleh AK-47
29/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITI Nordiana atau lebih dieknali dengan nama Nana kembali mewarnai dunia hiburan apabila telah merangkul juara program realiti Gegar Vaganza musim kedua pada tahun 2015.

Kini, namanya sering menjadi sebutan kerana bukan sahaja nyanyiannya yang mampu menambat hati pendengar, malah lakonannya mampu ‘memakukan’ mata penonton di depan televisyen.

Walau jadualnya seakan penuh, namun dia menyatakan hasratnya untuk mengerjakan umrah pada Disember ini dipermudahkan. Nana turut membawa anak tunggalnya serta dua orang lagi ahli keluarga ke sana.

“Alhamdulillah, apabila diundang Allah ke Tanah Suci, segala-galanya dipermudahkan. Buat masa ini, saya selesaikan dulu tugasan yang sudah dipersetujui, termasuk promosi lagu duet dengan Jaclyn Victor, disusuli pembikinan single solo baharu.

“Sekembali dari Makkah nanti, saya akan terikat pula dengan drama Pengantin Musim Salju yang berkemungkinan besar menjalani penggambaran di Korea Selatan,” katanya dipetik BH Online.

Dalam pada itu, Nana turut menyatakan yang dia bakal bergandingan sekali lagi bersama-sama Alif Satar dalam drama terbaharu arahan Michael Ang.

Selepas gandingan pertamanya bersama penyanyi lelaki itu dalam Dia Semanis Honey, nyata pelantun bagi lagu Memori Berkasih ini tidak sabar untuk menjayakan projek seterusnya itu.

“Jika tiada aral, sebaik saja pulang daripada umrah pada pertengahan Disember, saya bakal terbang pula ke Seoul. Harap-harap semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar,” katanya lagi.

Dek kerana gandingan lakonan mereka berdua mendapat perhatian ramai peminat, drama tersebut turut dibawa ke pentas teater menerusi Dia Semanis Honey the Musical.

Mengenai perkembangan seninya, Nana menyatakan yang dia bakal berentap bersama 29 lagu lain di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 pada 5 November depan.

Nana akan mempertaruhkan lagu hasil ciptaan sendiri iaitu Terus Mencintai sebagai comebacknya di pentas pertandingan Muzik-Muzik.

“Syukur apabila lagu saya mara untuk sama-sama merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32). Selepas 10 tahun, saya kembali lagi beraksi di pentas ini.

“Dulu pun pada 2007, saya menggantikan Syura untuk lagu Canda. Kalau ikutkan, persembahan di pentas separuh akhir nanti cukup istimewa.

“Ini kerana rasanya, inilah kali pertama saya tampil menyanyi solo selepas sedekad kerana beberapa penampilan sebelum ini pun banyak bersama-sama Achik,” ujar Nana.

All the best diucapkan kepada Nana dan kesemua penyanyi yang bakal merebu tempat ke pentas Final Anugerah Juara Lagu 32 nanti! – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: alif satarSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wartawan Malaysia Ditahan Rakam Parlimen Guna Dron

Next Post

Kuman Di Paru-Paru, Janna Dikejarkan Ke Hospital

Related Posts

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

Selepas 12 Hari, Alif Satar Kini Bebas Covid-19

04/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar Hospital Melaka, kelmarin. Alif berkata,...

Next Post

Kuman Di Paru-Paru, Janna Dikejarkan Ke Hospital

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd