• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokoh Sejarah Negara Zainal Abidin Meninggal Dunia

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tokoh sejarah negara Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid, 84, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 14, Petaling Jaya hari ini akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarham meninggalkan isteri Badariah Abdul Hamid, 81, dua anak lelaki, Zainal Izmi, 53, dan Zainal Izlan, 50, serta lima orang cucu.

Zainal Izmi berkata ayahnya meninggal dunia 10 pagi tadi.

“Ayah sudah lama terlantar sakit dan sejak dua hingga tiga bulan ini keadaan beliau menjadi semakin tenat dan uzur.

“Tiada apa yang diperkatakan beliau sejak kebelakangan ini namun, kata-kata dan nasihatnya sering diingati saya.

“Berani kerana benar, takut kerana salah merupakan kata-kata yang sering diungkapkan kepada kami ketika kecil dan ayah merupakan seorang yang sangat tegas, penyayang dan lurus orangnya,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian tokoh sejarawan itu.

Allahyarham Zainal Abidin merupakan anak kelahiran Teluk Intan, Perak dan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar serta merupakan seorang tokoh sejarawan negara yang banyak memberi sumbangan dalam bidang sejarah di negara ini.

Hampir sepanjang hayatnya berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain memainkan peranan penting dalam penubuhan Jabatan Sejarah di UKM sepanjang lebih dua dekad merupakan pencapaian penting dalam kerjaya akademiknya.

Allahyarham Zainal Abidin aktif dalam bidang pengajian sejarah yang menitikberatkan pendekatan dan isi kandungan tempatan dan dunia.

Beliau juga aktif dalam persatuan sejarah, penerbitan jurnal, seminar, syarahan umum dan sebagai pakar rujuk oleh institusi di dalam dan luar negara.

Antara karya yang pernah dihasilkannya ialah Manusia dan Kemajuan pada tahun 1961, History Teaching: Its Problems in Malaya (1964), dan Glimpses of Malaysian History (1970).

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada 5.40 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damanasara. – BERNAMA

Tags: Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adik Hilang Sekelip Mata Ditimbus Tanah – Abang

Next Post

IEM Tawar Bantuan Teknikal Siasat Tanah Runtuh

Related Posts

No Content Available
Next Post

IEM Tawar Bantuan Teknikal Siasat Tanah Runtuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd