• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Yakin Kutipan Tabung Rohingya Lebih RM1j

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Terengganu yakin kutipan Tabung Terengganu For Rohingya ‘Sekampit Beras Untuk Rohingya’ akan melebihi sasaran awal iaitu RM1 juta sebelum hujung bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tabung yang digerakkan sejak 19 Sept lalu berjaya mengutip lebih RM600,000 dalam tempoh kurang dari dua minggu.

“Alhamdulillah, sambutan untuk tabung derma bagi membantu Rohingya ini agak luar biasa…kita yakin kutipannya akan melebihi sasaran kerana jumlah yang kita peroleh hingga hari ini belum termasuk kutipan daripada badan berkaitan kerajaan dan pihak korporat lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan tabung itu bagi peringkat Perantau Terengganu Lembah Klang di sini, hari ini.

Beliau berkata tabung berkenaan akan digerakkan ke seluruh negara menerusi persatuan anak perantau Terengganu di setiap negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Mercy Malaysia dan Wisma Putra bagi menghantar 50 sukarelawan ke Bangladesh bagi melaksanakan misi kemanusiaan membantu pelarian Rohingya.

Pada majlis tersebut, Ahmad Razif turut mengagihkan bantuan Persediaan Pelajar kepada 126 mahasiswa peringkat ijazah dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga seorang mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang berasal dari Terengganu.

Mohd Shahir Sharifuddin, 11, kini masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur ekoran kejadian yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru pada 14 Sept lepas. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pokok Petai ‘Hybrid’ Sesuai Ditanam Dalam Pasu

Next Post

62,000 Rumah RMM Dibangunkan Di Melaka

Related Posts

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

21/05/2025
0

Kuala Lumpur: Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan bermula 23 hingga 28...

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

21/05/2025
0

Kuantan: Mudah sangat ditipu apabila seorang kerani sanggup menyerahkan wang berjumlah RM649,150 selepas dipelawa menyertai pelaburan tidak wujud melalui media...

Next Post

62,000 Rumah RMM Dibangunkan Di Melaka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd