• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tapir Sesat Ditemui Mati Dimutilasi

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seekor tapir mati dalam kejadian di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, kira-kira 1.30 pagi semalam, telah mencetuskan kontroversi dan dipercayai akibat penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan yang kurang sesuai.

Kejadian yang kini tular di laman sosial itu turut mendapat perhatian koresponden Channel News Asia (CNA) di Malaysia, Sumisha Naidu yang mengesyaki tapir itu mati berpunca “daripada tangan manusia”.

Menerusi Twitter, Sumisha memuat naik beberapa keping gambar serta video berdurasi 9 saat yang menunjukkan ketika tapir itu masih hidup dalam kejadian yang dirakamkan pada antara jam 11.40 malam, Rabu. hingga 1.30 pagi, Khamis itu.

Difahamkan, tapir itu terlepas daripada habitatnya dan merayau-rayau di sekitar perkampungan itu sebelum orang ramai meminta bantuan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap haiwan terancam tersebut.

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila bukan tapir itu diselamatkan, tetapi ditangkap seolah-olah haiwan itu mengancam keselamatan manusia.

Kaedah penangkapan haiwan itu dilihat tidak berperikemanusiaan kerana leher dan keempat-empat kakinya dijerut menggunakan tali sekaligus menyukarkan pergerakannya.

Haiwan malang itu kemudiannya ditemui telah mati dan bangkainya ditinggalkan di tepi jalan kawasan perumahan tersebut.

Apabila diasak dengan pertanyaan bagaimana keadaan itu boleh berlaku, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tapir berkenaan dipercayai mengalami keletihan dan tertekan apabila dijerut di bahagian leher ketika diselamatkan seterusnya menyebabkan haiwan itu mati.

Persoalannya, mengapa bangkai tapir yang ditemui sekitar jam 10.30 pagi tadi (Khamis) terdapat kesan kelaran seakan-akan dimutilasi di kulit, telinga, kaki kanan hadapan dan belalainya?

Sepatutnya, perkara ini tidak berlaku jika orang ramai daripada awal lagi meminta bantuan daripada pihak Perhilitan yang sudah tentu lebih arif dalam menangani hal seperti ini.

Kata Abdul Kadir lagi, orang awam juga tidak sepatutnya mengambil tindakan sewenang-wenangnya menyelamatkan haiwan seperti tapir yang tersenarai sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716, sebaliknya mereka perlu menghubungi Perhilitan.

“Kematian tapir ini akan memberi kesan kepada populasi hidupan liar dihabitatnya dan atas faktor itu, kita memandang serius kes ini.

“Bagaimanapun, punca kematian akan ditentukan melalui bedah siasat yang akan dijalankan,”€ katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abdul Kadir, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.

Katanya, individu mengambil bahagian hidupan itu boleh disabitkan di bawah Seksyen 68 dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pihak APM menafikan anggotanya menggunakan kaedah salah ketika menyelamatkan tapir berkenaan. Sebaliknya APM mendakwa haiwan itu telah dijerut dan diikat dengan tali oleh orang ramai sebelum anggota APM dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan tadi, satu siasatan telah dijalankan dan pihaknya mendapati tindakan awal sudah diambil orang ramai untuk mengangkat haiwan itu yang terperangkap di dalam longkang.

Ketika anggota APM tiba, tapir itu berada dalam keadaan sangat lemah dengan kecederaan di bahagian kepala dan badan selain bahagian leher sudah diikat dengan ketat menggunakan tali.

Anggota APM dan bomba yang ada ketika itu kemudiannya mengambil keputusan untuk meyergah dan menepuk punggung tapir itu tanpa perlu menarik ikatan pada bahagian leher. Usaha itu berjaya dan tapir terbabit berjaya dinaikkan ke tebing sebelum rebah di atas jalan.

Mereka kemudian mengikat tali pada kaki tapir itu bagi memudahkan kerja memotong tali yang terikat di leher haiwan itu menggunakan alat pemotong.

Bagaimanapun sebaik saja tali berjaya dipotong, anggota APM yang membuat pemeriksaan nadi mendapati haiwan itu sudah tidak bernyawa.

Sehubungan itu, APM menegaskan bahawa keadaan tapir berkenaan sememangnya sudah tidak bermaya ketika ketibaan anggota APM di lokasi dan anggotanya sudah menjalankan tugas sebaik mungkin bagi mengelakkan lebih banyak kecederaan yang berlaku pada tapir terbabit.- MYNEWSHUB.CC

Tags: Perhilitantapir malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd