• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangisan Kanak-Kanak Jumpa Bapa Kandung

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HASRAT kanak-kanak lelaki yang dirantai bapa tiri pada tong gas di Indera Mahkota 1, Kuantan, Khamis lalu, bertemu bapa kandungnya termakbul, hari ini.

Difahamkan, kanak-kanak berusia 10 tahun itu menangis selepas melihat kehadiran bapa kandung yang datang melawatnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, lelaki berusia 36 tahun itu datang dari Teluk Mas, Melaka, 5 petang dan menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melawat anaknya.

“Saya berpuas hati dengan identiti lelaki berkenaan yang memaklumkam dia bapa kandung kanak-kanak terbabit. Pegawai JKM membawanya bertemu anaknya di HTAA,” katanya ketika ditemui di Kuantan, semalam.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan begitu gembira dapat bertemu bapa kandungnya dan menangis kerana mahu mengikut lelaki itu.

Katanya, namun disebabkan kes masih dalam siasatan polis dan kanak-kanak berkenaan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak, JKM tidak membenarkan ahli keluarga datang mengambilnya.

“Kita tunggu anak ini keluar dari hospital. Pihak JKM akan membuat laporan serta menyerahkan kepada mahkamah. Selepas itu, mahkamah akan menentukan siapa yang layak untuk menjaga kanak-kanak ini,” katanya.

Semalam, ketika menerima kunjungan Shahaniza di HTAA, kanak-kanak berkenaan menyuarakan hasrat untuk bertemu bapa kandungnya.

Dia memaklumkan kali terakhir bertemu bapa kandungnya itu pada Aidilfitri tahun lalu.

Shahaniza berkata, beliau sendiri bertemu dengan bapa kandung kanak-kanak itu hari ini.

“Lelaki itu meminta privasi dia dan keluarganya dijaga. Sebab itu, dia tidak mahu nama dan gambarnya diambil,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan turut menyatakan kesediaan menjaga kanak-kanak itu termasuk dua lagi abangnya. – myMetro Online

Tags: bapa kandungKes dera
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buka Mata Selepas Dermakan Organ Anak

Next Post

Mesir Layak Ke Piala Dunia 2018 Benam Congo 2-1

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Jadi Mangsa Dera Bapa Kandung, Ibu Tiri

Kanak-kanak 6 Tahun Jadi Mangsa Dera Bapa Kandung, Ibu Tiri

12/10/2024
0

BAGAN SERAI - Seorang kanak-kanak lelaki mengalami luka hampir seluruh badan dipercayai didera bapa kandung dan ibu tirinya dalam kejadian...

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

02/06/2023
0

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia...

Next Post

Mesir Layak Ke Piala Dunia 2018 Benam Congo 2-1

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd