• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sempat Kahwin, Kim Joo Hyuk Maut Kemalangan

oleh
31/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON popular yang merupakan anggota rancangan popular Korea Selatan, 2 Days 1 Night, Kim Joo Hyuk telah meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya petang semalam.

Kejadian tragis itu telah berlaku di Samseong-dong, dekat Seoul, Korea kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketika itu, kereta Mercedes-Benz jenis SUV yang dipandu oleh Joo Hyuk telah terbalik dah berpusing sebelum dia melanggar dinding sebuah apartment di kawasan kejiranan tersebut.

Oleh kerana impak yang sangat kuat, pihak polis telah mengesahkan bahawa kereta yang dipandunya telah terbakar.

Mujur Joo Hyuk sempat dibawa keluar dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pelbagai usaha menyelamat telah dilakukan ketika dalam perjalanan ke hospital namun pemandu telah menghembuskan nafas terakhir dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang,” jelas pihak polis Korea.

Sementara itu, Koreaboo telah melaporkan bahawa agensinya Namoo Actors masih belu memberikan sebarang kenyataan di atas insiden yang berlaku itu.

“Kami sedang meneliti laporan mengenai kejadian kemalangan dan akan memberikan kenyataan selepas mengetahui info selanjutnya,” jelas wakil agensi berkenaan.

Namun, pihak polis dan pihak hospital telah mengesahkan berita kematian itu kepada umum.

Joo Hyuk dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, yang juga merupakan aktor iaitu Lee Yoo Young pada hujung tahun ini.

Selain itu, difahamkan bahawa penggambaran program variasi ‘Running Man’ terpaksa dihentikan buat seketika berikutan kematian Kim Joo Hyuk.

Hal itu disebabkan kerana Lee Yoo Young sedang melakukan penggambaran bagi rancangan itu.

Akibat berita yang mengejutkan itu, Yoo Young tidak dapat meneruskan rakaman dan dia menghadapi kesukaran untuk menerima kenyataan mengenai berita kematian kekasihnya itu.

“Penggambaran di Busan segera diberhentikan apabila kami menerima berita tersebut. Semua anggota dan tetamu telah kembali (dari Busan),” kata wakil syarikat penyiaran SBS, menerusi laporan portal hiburan allkpop.

Kedua-dua pasangan itu mula menjalinkan hubungan sejak membintangi filem ‘Yourself and Yours’ walaupun mempunyai perbezaan umur sebanyak 17 tahun. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: kemalanganKim Joo HyukLee Yoo YoungRunning Man
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd