• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sedar Aksi ‘Asmara’ Dirakam Secara ‘Live’

oleh
11/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERLAJAK perahu boleh berundur tetapi terlajak perbuatan apa pula tindakannya? Haaa… Buruk padahnya!

Perkara inilah yang berlaku kepada bintang Musical.ly, Kristen Hancher yang berhadapan dengan satu situasi aib apabila aksi hubungan seks dengan teman lelakinya, Andrew Gregory dirakam secara live tanpa sengaja.

Kejadian dipercayai bermula ketika Kristen sedang ‘berasmara’ bersama Andrew dan salah seorang antara mereka mungkin secara tidak sengaja tertekan button rekod di Instastory lalu mengakibatkan aksi jimak itu dirakam.

Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan bernasib baik kerana kamera tidak menghadap mereka secara terus, sebaliknya hanya bunyi sahaja yang dirakam dan bukan visual.

Lapor We The Unicorns, lebih kurang 14,000 orang dikatakan telah mendengar rakaman persetubuhan berkenaan dan menerima pelbagai reaksi serta komen daripada peminat.

Difahamkan, Kristen dan Andrew sempat ‘bersenggama’ lebih kurang tiga minit sebelum menyedari apa yang dilakukan mereka tersiar secara langsung kepada orang ramai.

“Sesiapa pun yang telah menonton cerita ‘live’ saya, saya hanya ingin memohon maaf dan ia sama sekali tidak disengajakan.

“Padamkannya daripada fikiran anda. Ia sangat memalukan dan agak tidak selesa. Yang pasti, perkara itu sudah berlaku.

“Anda perlu meneruskan hidup dengan menganggap seolah-olah ia tidak pernah berlaku. Itulah yang saya akan lakukan,” tegas Kristen mengakui tidak menyedari dirinya sedang dirakam.

Tambah Kristen lagi, dia sekali lagi mohon maaf kepada semua peminat atas apa yang berlaku dan berharap agar mereka faham bahawa ia betul-betul tidak disengajakan.

“Saya memohon maaf kepada semua peminat saya. Saya tahu anda semua kecewa kerana saya tidak memberikan penjelasan secara penuh mengenai apa yang berlaku dalam cerita ‘live’ saya.

“Saya tidak sengaja telah dirakam secara ‘live’ dan hanya menyedarinya tiga minit kemudian selepas ditonton oleh 14,000 orang. Saya minta maaf,” tambahnya.

Kristen merupakan bintang Musical.ly yang ada lebih 3.5 juta pengikut di laman Instagram. Bintang ini telah jalin hubungan cinta dengan Andrew selama setahun setengah. – MYNEWSHUB.CC/Agensi/AmyMaizura

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sing Sing Coffee Sdn. Bhd. (Sing Sing Coffee) membuat laporan polis serta mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd