• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Puteri, TMJ Sambut Puteranya Yang Pertama

oleh
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, selamat menyambut anak kedua mereka, seorang putera pada hari ini.

Berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Facebook rasmi ‘Johor Southern Tigers‘ kira-kira pukul 10.37 pagi Sabtu dan bayi berkenaan diputerakan kelahirannya di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah di sini.

Pengumuman melalui laman sosial itu menyebut: “Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda.

“Ia atas keputeraan waris kepada takhta kerajaan Johor pada 14hb Oktober 2017 di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda dan puteranya berada dalam keadaan sihat walafiat.”

Baginda turut memuat naik foto menujukkan keadaan isterinya di atas katil sambil mengendong bayi menerusi akaun Facebook itu kira-kira pukul 12.08 tengah hari Sabtu yang menerima reaksi positif netizen.

Anakanda pasangan diraja ini, yang juga merupakan pewaris takhta Kesultanan Johor, adalah cucunda kedua Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sendiri, lapor portal berita The Star.

Berita ini turut disiarkan menerusi kenyataan daripada Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang mengesahkan putera Tunku Ismail tersebut sebagai waris tahkta kerajaan negeri.

TMJ yang berusia 33 tahun itu dan isterinya, 24 tahun, bernikah pada 24 Oktober 2014. Anak sulung mereka, seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dilahirkan pada 25 Jun tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PBT Negeri Sembilan Disaran Anjur Bazar Deepavali

Next Post

Filem Pendek Malaysia Sertai Festival Filem Fly

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Filem Pendek Malaysia Sertai Festival Filem Fly

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd