• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Terima Anugerah Daripada IATR

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dipilih menerima Anugerah Amalan Terbaik Antarabangsa yang pertama bagi Inovasi, Pembaharuan dan Pelbagai Perancangan Modal Pengangkutan oleh Persatuan Pengawal Pengangkutan Antarabangsa (IATR).

SPAD, dalam kenyataan hari ini, berkata anugerah itu disampaikan oleh anggota lembaga IATR yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Matthew Daus kepada Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah, di luar Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017, di sini pada 23 Okt.

Ketika menerima anugerah itu, Mohd Azharuddin berkata anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada kerja penting yang dijalankan SPAD sejak tujuh tahun lepas dan komitmen kerajaan untuk mengguna pakai perspektif holistik untuk melaksanakan wawasan bagi sistem pengangkutan awam yang ditambah baik dan pantas menyesuaikan diri dengan cabaran dihadapi negara yang sedang berusaha ke arah menjadi sebuah negara maju.

Sementara itu, Daus berkata usaha SPAD untuk merangka dasar koheren dan melaksanakan pembaharuan nasional daripada landskap pengangkutan awam yang sebelum ini berpecah-pecah, termasuk rangka kerja pengawal seliaan e-hailing baru-baru ini, bertujuan menyediakan rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan mobiliti yang senada dengan hasrat banyak pengawal selia pengangkutan di tempat lain.”

Ditubuhkan sebagai sebahagian daripada agenda transformasi perkhidmatan awam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, SPAD dipertanggungjawabkan dengan mandat besar untuk menambah baik industri pengangkutan awam darat bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyatnya. – BERNAMA

Tags: SPAD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semakin Ramai Generasi Belia Kini Bekerja Bebas

Next Post

Jiwa, Hati Tenang Masuk Islam Hampir 20 Tahun

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

Next Post

Jiwa, Hati Tenang Masuk Islam Hampir 20 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd