• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahir Perlu Profesional, Bukan Tarik Diri – Edry

oleh
22/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini peminat dikejutkan dengan kenyataan Shahir mengumumkan hasrat menarik diri daripada pentas akhir Akademi Fantasia (AF) Megastar yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Anak jati Perak itu mengambil keputusan dramatik tersebut kerana tertekan berkenaan isu ‘skandal’ yang melibatkan dirinya dengan seorang pramugari Firefly, Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Susulan daripada itu, pengarah muzik konsert akhir AF Megastar, Edry Abdul Halim menasihatkan finalist berkenaan agar bersikap profesional menjelang konsert akhir program realiti tersebut.

Edry Abdul Halim atau lebih mesra dengan sapaan, Edry berkata Shahir sepatutnya sedar keputusan untuk menarik diri pada saat-saat akhir bukanlah satu tindakan yang bijak.

Sebaliknya, ia akan memberi masalah dan kesan kepada semua pihak terutama sekali penganjur.

“Kami tetap meneruskan latihan tanpa dia. Band saya tetap berlatih lagu yang akan dibawakan Shahir seperti dibincangkan, namun saya tidak tahu sama ada dia akan ada atau tidak malam itu.


“Bagaimanapun, Shahir sepatutnya tahu keputusan menarik diri adalah tindakan yang tidak profesional.

“Alangkan pertandingan karaoke pun kalau ada peserta yang menarik diri akan menyusahkan penganjur apatah lagi AF Megastar,” katanya dipetik sebuah portal online.

Menurut Edry lagi, perkara tersebut tidak akan menjadi satu masalah sekiranya keputusan tarik diri itu dibuat lebih awal.

“Kalau dia tarik diri lebih awal mungkin ada pihak lain yang berpeluang ke pentas akhir.


“Jadi saya minta dia fikirkan kembali keputusan ini. Sebab hal ini berkaitan dengan karier dia sendiri tambahan pula peminat dia yang selama ini menyokong,” tambah pengarah itu lagi.

Dalam perkembangan lain, Edry memberitahu penonton bakal menyaksikan persaingan sengit antara Idayu, Marsha, Bob dan Syamel pada malam kemuncak itu nanti.

“Melalui latihan tadi memang saya lihat masing-masing akan memberi saingan yang sengit.
 Memandangkan Shahir tidak hadir hari ini saya tidak tahu bagaimana persembahannya,” katanya.

Sementara tu, primadonna Malaysia, Erra Fazira turut dilihat berusaha memujuk finalist AF Megastar itu untuk terus berjuang.

Lapor BH Online, pelakon jelita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Shahir berharap penyanyi tersebut akan terus menumpukan sepenuh perhatian pada pertandingan akhir itu.

“Saya berharap dia tidak terlalu mengikut perasaan. Apa yang dihadapinya adalah perkara biasa dan menjadi asam garam dunia artis.

“Mungkin tampak senang untuk bercakap sedemikian kerana bukan kita yang mengalaminya.

“Namun, selepas berjuang sejak awal dalam pertandingan ini, hingga mara ke peringkat akhir, dia kenalah kuat semangat,” kata pelakon wanita itu.

Menurut Erra lagi, dia yakin dan percaya ramai peminat yang memasang harapan tinggi untuk melihat pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu bersaing pada malam kemuncak nanti.

“Saya percaya, ramai peminat yang sayangkan bakatnya. Ramai juga yang mahu melihat dia beraksi di pentas akhir pertandingan itu,” katanya.

Erra juga menganggap sudah rezeki Shahir untuk melangkah ke pentas akhir program tersebut namun pada masa sama ada dugaan yang perlu dihadapi oleh penyanyi itu.

Bagaimanapun, Erra percaya setiap ujian diberi bukanlah satu perkara sia-sia tetapi terselit seribu satu hikmah yang tidak dapat kita rasa, lihat mahupun jangka.

“Dalam seribu kekalutan yang muncul, ada pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar daripada nya. Kalau nak ambil yang negatif, maka negatif jadinya,” ujar pelantun lagu Pasrah ini.

Hmm… Ada betul juga apa yang dikatakan itu. Apa-apapun kita doakan yang baik-baik saja agar segalanya dipermudahkan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: edry abdul halimErra FaziraKonsert AF Megastar 2017Mona SyamimiShahir AF8
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tengkorak Manusia Ditemui Di Tapak Pembinaan

Next Post

Perlis Sokong Saranan Pasang CCTV Di Masjid

Related Posts

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang...

Erra Fazira Selamat Dinikahkan

05/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Satu mesej Twitter Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari...

Next Post

Perlis Sokong Saranan Pasang CCTV Di Masjid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd