• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahir Dah Nafikan, Mona Pula Pertahankan?

oleh
19/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANG seorang itu menafikan hubungan, manakala yang seorang lagi beria kata sering keluar bersama. Jadi apa sebenarnya status hubungan Shahir dan Mona ni?

Baca: “Hanya Peminat, Mona Bukan Kekasih Saya” – Shahir

Juga: Didakwa ‘Hanya Peminat’, Ini Respon Mona…

Minggu ini saja dah kecoh tentang kisah finalis AF Megastar, Shahir Zawawi yang dikatakan ‘main cinta’ dengan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan yang dikenali sebagai Mona Syamimi.

Ia menjadi tular selepas gambar mereka berdua tersebar luas kerana dimuat naik oleh Mona sendiri menerusi akaun Facebook miliknya.

Didakwa 'Hanya Peminat', Ini Respon Mona...

Menurut Mona, dia menegaskan bahawa dia pernah keluar berdua bersama dengan bekas juara Akademi Fantasi musim ke-8 itu walaupun telah dinafikan oleh Shahir sendiri sebelum ini.

“Kami kerap keluar berdua dan dia yang akan datang ambil saya di rumah. Kami keluar makan malam, menonton wayang berdua dan pernah keluar dari malam sampai pagi.

“Selama ini dia mesej rindu tu… kawan ke peminat? Daripada pandangan saya, tak rasa itu peminat kot. Dari mesej ini anda semua boleh nilai sendiri.

“Mungkin dia bercerita pasal dia seakan memberi harapan pada saya. Selama saya dengan dia, saya keluar dengan dia dan fokus padanya saja,” katanya kepada mStar Online.

Tambah gadis kelahiran negeri Pantai Timur, Terengganu itu, Shahir juga sering kali menghantar mesej berbaur romantik kepadanya yang seakan-akan memberi harapan kepada dirinya.

Mona telah mendedahkan ‘kisah cinta’ mereka itu secara langsung melalui temu buat bersama Harian Metro melalui laman Facebook Selasa lalu.

https://www.facebook.com/harianmetro/videos/10155848658812052/

Sebelum ini, gadis berusia 27 tahun itu juga telah menyuruh agar Shahir menjelaskan status hubungan mereka agar tidak disalah ertikan oleh banyak pihak.

Dia turut berasa dirinya seperti dipermainkan dan dimalukan selepas penyanyi itu cuma memberi komen bahawa status mereka hanya sebagai seorang artis dan peminat sahaja.

Shahir pula telah menepis kontroversi itu dan melaporkan kepada Berita Harian bahawa dia akan meminang kekasih hatinya, Erra Fazira selewatnya pada awal tahun hadapan.

Lagi: Shahir, Erra Bakal Disatukan Tahun Depan?

“Saya memang terasa hati seperti dipermainkan dan dimalukan apabila dia keluarkan kenyataan saya ini peminat dan penyokong dia.

“Tiap-tiap hari keluar, habiskan masa, kata saya ini peminat dia. Macam tak logik. Kadang-kadang dia pun ada luah perasaan dia.

“Saya hanya dengar saja. Mungkin dari kawan, kita perlahan-lahan kenal satu sama lain. Tak kan dia buat macam itu pada peminat dia,” katanya lagi.

Selain itu, Mona turut meminta Shahir agar tidak lagi berpura-pura dan segera menjelaskan perkara yang sebenar. Perkara itu juga telah mengganggu kariernya sebagai seorang pramugari.

“Jangan jadi fake la Shahir. Beritahu benda betul. Benda ini okey tak ada besar pun. Jangan tipu, jangan dedahkan media sana media sini, cerita lain.

“Saya tak nak malukan diri sendiri. Saya tak nak dedahkan untuk memalukan sesiapa. Kenyataan dia tak betul.

“Dia harus betulkan semula, jangan malukan saya dan syarikat saya kerana ia juga menjejaskan kerja saya,” ujarnya lagi.

Haihh… Apa yang jadi sebenarnya ni? Betul ke Shahir dah main kayu tiga atau hanya berlaku salah faham antara mereka ni?

Ataupun Shahir hanya menganggap Mona sebagai kawan sahaja namun telah disalah ertikan oleh gadis itu. Biasa lah lelaki kan. Kadang diorang ni dah bagi harapan palsu tanpa sedar.

Ramai juga yang dah mula cakap buruk tentang dua individu ni. Tindakan Mona yang ingin menjelaskan perkara sebenar itu juga turut dipertikaikan oleh netizen.

Malah, ramai netizen telah mencemuh Shahir kerana menganggap dirinya sebagai ‘playboy’ dan menyuruh dia untuk meninggalkan Erra.

Tapi mungkin bagi Erra Fazira sendiri, dia lebih memilih untuk berdiamkan diri kerana apa yang terjadi ini hanya melibatkan Shahir dan Mona sahaja.

Yelah, Erra sendiri dah biasa dengan gosip macam ni sebelum ni kan. Jadi tak menjadi masalah yang besar bagi Erra untuk menghadapi semua ni.

Apa pun, sebagai orang luar jangan la nak menyibuk masuk campur untuk tentukan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Tunggu sahaja kenyataan daripada mereka berdua dan tak perlu untuk kita menjadi pengadil tak berbayar dalam urusan ni. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: bercintacurangErra FazirakahwinMona SyamimiShahir Zawawi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Dah Tak Larat Nak Kemas Rumah”

Next Post

Muat Naik Penyata KWSP, Aliff Syukri Dikecam Netizen

Related Posts

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Lima Kanak-kanak Antara 19 PATI Ditahan Dalam Ops Sapu

Lelaki Didakwa Curang Maut Ditikam Kekasih

12/03/2024
0

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di...

Next Post

Muat Naik Penyata KWSP, Aliff Syukri Dikecam Netizen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd