• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Perniagaan Peserta AIM Seluruh Negara

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Pelbagai peluang perniagaan yang disediakan bagi peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mampu memberi sumber pendapatan lumayan kepada mereka, asalnya mereka sanggup menumpukan masa dan tenaga serta berusaha memajukan bidang yang diceburi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kementerian berkenaan menyediakan pelbagai peluang perniagaan untuk diteroka peserta AIM di seluruh negara.

Ini, katanya, termasuk industri kecil dan sederhana (IKS), Program Tanam Semula Buah-buahan, kolam ternakan ikan sangkar atau industri agropelancongan.

“Ia mampu memberi sumber pendapatan yang lumayan kepada mereka sekiranya menceburi bidang berkenaan kerana dari segi peluang memang tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana berjumlah RM100,000 kepada Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Pasir Salak di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Dr Zubir Harun, yang turut hadir dalam majlis itu, berkata AIM memberi pinjaman berjumlah RM1.8 bilion kepada 347, 278 peminjam di seluruh negara sehingga Ogos tahun ini.

“Sebanyak RM18 bilion jumlah pinjaman telah diberi kepada peminjam AIM dari dahulu sehingga kini dan kita menjangkakan sejumlah RM1.9 bilion jumlah pinjaman akan diberi mereka yang layak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin...

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd