• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Dah Tak Larat Nak Kemas Rumah”

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ibarat tempat pelupusan sampah, 11 beranak pasrah menetap di sebuah rumah yang penuh dengan timbunan sampah di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, di sini.

Dengan timbunan sampah yang memenuhi luar rumah, bau menusuk hidung menjadi perkara biasa bagi Siti Norenliriana Mohd Fakeri, 30, ibu tunggal yang tinggal bersama lima anak berusia lima bulan hingga 11 tahun.

Selain Siti, bapanya, Mohd Fakeri, 57 dan empat beradik lain turut tinggal bersama di rumah berkenaan.

Lapor Harian Metro, keadaan rumah terbabit penuh berselerak dengan pakaian kotor yang dilonggokkan begitu sahaja dan paling terjejas adalah dapur rumah yang dipenuhi pinggan dan periuk tidak basuh.

Menurut Siti, dia mendakwa akibat tidak ada kesepakatan dalam kalangan adik-beradik, rumahnya itu kini tidak terurus sejak tiga tahun lalu.

“Saya tinggal di rumah ini sejak tiga tahun lalu selepas berpindah daripada rumah sewa di Limbongan.

“Meskipun jumlah penghuninya 11 orang, tapi sikap ambil mudah yang lain menyebabkan saya tak larat nak kemas rumah dan jadi begini (terlalu kotor),” katanya.

Tambahnya, disebabkan dapur yang teramat kotor, dia sudah tidak memasak lagi sebaliknya hanya membeli makanan di luar sahaja.

Selain bergatung kepada bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bapanya yang berpendapatan RM1,500 hasil bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar awam turut membantu menyara kelima-lima anaknya.

Masalah yang dihadapi oleh 11 beranak ini akhirnya mendapat perhatian daripada Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Seramai 70 sukarelawan menghabiskan masa sehari melakukan aktiviti gotong-royong, membaiki dan memberikan wajah baru kepada rumah keluarga berkenaan pada Sabtu lalu.

Majlis gotong royong turut dibantu ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Umno cawangan Paya Lebar.

Difahamkan, sebanyak tiga lori digunakan untuk mengangkut sampah serta barangan lain yang sudah rosak atau tidak boleh digunakan untuk dibuang di tapak pelupusan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JKMKemasyarakatanpengotor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd