• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Buku Kerja Sahaja Bagi Setiap Mata Pelajaran

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan mengingatkan pihak sekolah untuk hanya membenarkan satu buku kerja sahaja bagi setiap satu mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk murid Tahun Empat hingga Tahun Enam.

Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon berkata perkara tersebut menjadi perhatian kementerian kerana terdapat aduan bahawa kebiasaannya pada hujung tahun telah mula diedarkan senarai cadangan pembelian buku-buku kerja bagi kegunaan murid untuk tahun hadapan.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak kementerian untuk meneliti perkara ini bermula sesi persekolahan 2018 kerana isu ini telah lama wujud terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Penggunaan buku kerja ketika sesi pengajaran bukanlah satu cara yang betul kerana buku teks yang disediakan kementerian sudah mencukupi dan buku kerja hanya sebagai tambahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Jelasnya penggunaan buku kerja yang banyak bukan sahaja tidak mematuhi arahan pekeliling tetapi juga tidak sesuai untuk kementerian melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid.

Beliau berkata Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2000 jelas menyatakan penggunaan buku kerja tidak dibenarkan kepada murid Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga) kerana buku latihan aktiviti telah disediakan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan.

Manakala bagi murid-murid Tahap Dua (Tahun Empat hingga Tahun Enam) hanya satu judul buku pelajaran dibenarkan untuk tiap-tiap satu mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta Bahasa Cina dan Bahasa Tamil masing-masing untuk SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Katanya pemilihan buku kerja haruslah dilakukan oleh panitia mata pelajaran masing-masing yang akan mencadangkan buku kerja yang paling sesuai dari segi isi kandungan, mutu dan harga.

“Pembelian buku kerja hanyalah satu cadangan dan ibu bapa masih boleh memilih untuk tidak membeli kerana tiada unsur paksaan,” katanya.

Menurutnya bagi melaksanakan dasar tersebut para guru tidak sepatutnya menggunakan buka kerja ketika sesi pengajaran dalam kelas bagi mengelakkan murid yang tidak membeli buku tersebut daripada teraniaya.

“Kami juga mendapat aduan daripada ibu bapa yang mengatakan senarai buku kerja yang perlu dibeli adalah terlalu banyak hingga berjumlah ratusan ringgit dan ini adalah beban besar kepada sesetengah keluarga,” katanya.

Katanya peringatan dalam pekeliling tersebut juga adalah untuk makluman kepada ibu bapa kerana terdapat sesetengah ibu bapa yang mahu anak mereka dibekalkan dengan buku kerja yang banyak. – BERNAMA

Tags: buku teksDatuk Chong Sin Woon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Akan Ganti Buku Teks Rosak Akibat Banjir

07/01/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggantikan 263,662 buku teks yang rosak akibat banjir baru-baru ini, membabitkan 14,422 murid...

Tulisan Jawi Dalam Buku Teks, KPM Akan Keluar Kenyataan

02/08/2019
0

KLANG – Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan kenyataan berhubung dengan pertikaian mengenai cadangan pengenalan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd