• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Sambut Baik Peruntukan Sekolah Daif

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg amat berpuas hati dengan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas, terutama yang berkaitan dengan peruntukan RM1 bilion untuk membaiki sekolah-sekolah daif.

“Saya amat berpuas hati dengan bajet ini, memanglah kami mahu lebih, tetapi kami juga maklum kekangan dihadapi kerajaan… tapi apa yang penting dan jelas ialah Datuk Seri Najib mendengar kehendak kita. Belum pernah lagi sekolah-sekolah ini mendapat peruntukan RM1 billion sekaligus sebegini,” katanya.

Katanya peruntukan itu dipersetujui oleh kerajaan persekutuan selepas beliau sendiri berbincang mengenai keadaan sekolah-sekolah daif bersama Najib dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pada mulanya beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri melaksanakan kerja-kerja pembaikan sekolah-sekolah daif menggunakan dana sendiri terlebih dahulu sebelum memohon pembiayaan daripada kerajaan persekutuan, namun selaras dengan pengumuman bajet Jumaat lepas, ia menjadikan pembiayaan dibuat terus oleh Putrajaya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Landeh, kira-kira 35km dari sini hari ini, beliau berkata walaupun kerja-kerja pembaikan sekolah daif itu biayai oleh kerajaan persekutuan, pelaksanaan dan penyelarasannya akan dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
​​​​​​​
​​​​​​​​​​​​​​Pada pembentangan bajet Jumaat lepas, Najib mengumumkan peruntukan RM1 bilion masing-masing buat Sabah dan Sarawak khusus bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri berkenaan.

Abang Johari berkata ketika ini 1,020 sekolah dikenal pasti berkeadaan daif, dan kira-kira 415 berada dalam keadaan kritikal yang memerlukan pembaikan segera, atau diganti dengan bangunan baharu.

Beliau berkata peruntukan kerajaan persekutuan itu juga akan digunakan bagi menangani isu berkaitan sekolah kurang murid (SKM), di mana sebuah bangunan sekolah baharu berserta asrama, akan dibina di satu-satu kawasan tertentu bagi menampung keperluan pelajar di beberapa sekolah-sekolah kurang murid yang akan ditutup.

Menurutnya sebagai permulaan kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah sekolah berkenaan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu supaya setiap penduduk kawasan itu dapat melihat keberkesanannya, sebelum pembinaanya mula ditingkatkan di serata tempat lain.

Antara yang turut hadir dalam majlis perasmian bangunan baharu SK Landeh yang bernilai RM22.4 juta hari ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon, Menteri Pendidikan, Sains, dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin, serta Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon. – BERNAMA

Tags: Sekolah Daif
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasaran Eksport Durian Di China Sangat Luas

Next Post

Bahrain Mahu Keahlian Qatar Dalam GCC Dibeku

Related Posts

Kerajaan Lulus 1,175 Projek Pembangunan Semula Bangunan Sekolah Daif

Kerajaan Lulus 1,175 Projek Pembangunan Semula Bangunan Sekolah Daif

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah diluluskan dengan kos keseluruhan lebih RM12.47 bilion, sejak 2016 hingga...

689 Daripada 996 Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif Siap

689 Daripada 996 Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif Siap

26/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif siap sepenuhnya hingga awal bulan ini. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Bahrain Mahu Keahlian Qatar Dalam GCC Dibeku

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd