• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Yakin Dapat Selesaikan Isu Sekolah Daif

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah yakin masalah sekolah daif di negeri itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun seperti yang ditetapkan kerajaan pusat menerusi peruntukan khas RM1 bilion dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun yang turut bertanggungjawab terhadap pendidikan negeri, berkata peruntukan membaik pulih sekolah daif menggunakan Sistem Bangunan Berindustri itu cukup bermakna bagi Sabah.

“Masih banyak sekolah di Sabah yang berada dalam keadaan daif kerana ada yang dibina sebelum merdeka dan masih digunakan hingga sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2018 itu bersama-sama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri Sabah ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas peruntukan ini, yang dilihat akan dapat memacu kecemerlangan pendidikan di Sabah menerusi penyediaan kemudahan lebih baik khususnya di luar bandar.

“Harapan kita sekarang ini adalah untuk memastikan pelaksanaan (membaik pulih sekolah daif) dibuat dengan baik supaya peruntukan besar itu tidak disia-siakan,” katanya.

Turut hadir menyaksikan pembentangan bajet itu ialah dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM2.5 bilion untuk membaiki hampir 2,000 sekolah daif di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, RM500 juta adalah untuk Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak menerima RM1 bilion masing-masing.

Sementara itu, Masidi turut mengalu-alukan pengumuman Tahun Melawat Malaysia 2020 serta pelbagai intensif untuk menggalakkan lagi perkembangan industri pelancongan termasuk di Sabah. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PPS Kerajaan Dapat Kebenaran Merayu

Next Post

RM200 Sebulan Bukti Prihatin Bela Pesawah

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Pesawat TUDM Tergelincir, Landasan Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup

Pesawat TUDM Tergelincir, Landasan Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Next Post

RM200 Sebulan Bukti Prihatin Bela Pesawah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd