• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM43.3 Juta Biayai Program Susu 1Malaysia

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Kerajaan memperuntukkan RM49.3 juta bagi membiayai Program Susu 1Malaysia yang memberi manfaat kepada 757,439 murid di 7,780 buah sekolah rendah terpilih di seluruh negara bagi tempoh Julai hingga Disember ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalananthan berkata program untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6 itu akan diteruskan pada tahun depan berikutan ia mampu meningkatkan kecerdasan dan kesihatan murid.

“Bagi negeri Terengganu pula, untuk tempoh yang sama kerajaan membelanjakan kira-kira RM3.2 juta bagi membekalkan susu tersebut kepada 49,835 murid di 353 sekolah rendah di seluruh negeri.

“Saya juga mengucapkan penghargaan kepada kumpulan pelaksana terutama pegawai pendidian negeri-negeri serta guru-guru yang banyak membantu projek kita (kementerian) hingga berjaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Susu 1Malaysia peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Jerong, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan NegeriShafruddin Ali Hussain.

Kamalanathan berkata kementerian juga akan mempertimbangkan permintaan supaya program berkenaan diperluaskan kepada pelajar sekolah menengah.

Beliau berkata perkara itu dalam proses kajian untuk menetapkan kos yang diperlukan dan sekolah yang akan terlibat dalam program berkenaan.

“Secara keseluruhannya kita mungkin akan mengguna pakai mekanisme seperti yang kita lakukan kepada murid sekolah rendah dan saya pasti program untuk pelajar sekolah menengah ini kita akan putuskan secepat mungkin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

07/10/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kelayakan menikmati sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini diperluaskan kepada tiga kelompok baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd