• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Resmi Sejagat: Merosot Pasti Dikritik

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN FAM, Tengku Makhkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, barangkali sudah tenang sedikit sekarang, kesan isu ‘spin’ laporan akhbar mengenai mengenai gurauan 20 saatnya, sangat menyentuh perasan TMJ.

Selebihnya, TMJ juga rasanya lebih tenang selepas tekanan akibat kekalahan 0-2 dengan Hong Kong. Bagi pemerhati sukan yang realisitik, kekalahan itu sebenarnya tidak mengejutkan. Ia sekadar meneruskan pencapaian buruk skuad kebangsaan di pentas kelayakan Piala Asia dan Pra-Olimpik, apatah lagi kelayakan Piala Dunia.

Ia bukan nasib kesedihan yang baharu. Ketika TMJ masih kecil, sejak era 90an, prestasi hambar skuad Harimau Malaya di pentas kejohanan premium kelas satu sudah menjadi lumrah.

Malah, bagi pemerhati yang realisitik, mereka juga sudah bersedia untuk menghadapi tahap terburuk. Malah, lebih awal lagi menjangkakan, skuad negara tidak akan mampu memungut sebarang mata dalam baki tiga perlawanan kelayakan akan datang.

Malah, dalam menghadapi pasukanKorea Utara, doa kita adalah agar dielakkan daripada dibelasah dengan kekalahan besar yang memalukan. Dalam menentang Lebanon, satu mata sudah dikira keajaiban besar.

Dalam pada itu, TMJ pula sangat terluka dengan laporan akhbar Kosmo!. Malah, menganggap Kosmo! dan induknya, akhbar Utusan Malaysia sebagai tidak layak dibaca dan wajar ditutup.

Abaikan kecuaian Kosmo! dalam melaporkan gurauan 20 saat TMJ sebagai tajuk utama untuk menjual akhbar. Atau, lupakan juga sikap penyokong Malaysia yang tidak berdiri teguh di belakang skuad kebangsaan apabila kalah. Eloklah kita berbalik pada fakta; tanpa insiden Kosmo! itu pun, pandangan sinis peminat terhadap skuad Harimau Malaya tidak boleh diubah.

Satu lagi realiti adalah, protes kecewa peminat di seluruh dunia apabila skuad kebangsaan mereka kalah, adalah fenomena biasa. Ketika prestasi skuad Jerman merosot pada awal tahun 2000, ketika mutu permainan Brazil hambar dan ketika Argentina merosot, mereka juga dikritik teruk.

Ini realiti bola sepak. Peminat akan bersuara kerana pemain nombor dua belas tidak sewajarnya diharapkan bersikap naif dengan hanya menjadi penyokong setia yang membuta tuli.

Harimau Malaya berada di tahap ‘cap ayam’ di kejohanan premium sudah melebihi tiga dekad. Hanya ahli sufi dari puncak gunung saja yang mampu bertahan dan bersikap redha menerima realiti ini. Peminat fanatik tidak akan menerima dengan mudah kekalahan demi kekalahan.

Piala Asia 2019 memperkenalkan format penyertaan 32 pasukan ke Pusingan Akhir buat kali pertama. Ini bermakna, lebih separuh ahli Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang dianggotai 54 pasukan, akan layak beraksi di UAE. Jadi, Harimau Malaya sudah hampir ditunjukkan jalan keluar sekarang. Apabila jalan penyingkiran sudah hampir menjadi kenyataan, pasti akan ada kritikan oleh kerana kekecewaan peminat.

Kita faham kekecewaan TMJ. Cuma TMJ juga harus berjiwa besar bagi memahami perasaan lara peminat bolasepak dengan kegagalan ini. Ia merupakan kekecewaan ‘terkumpul’ penyokong yang menanti hampir empat dekad yang penuh dengan nasib malang.

Kalau TMJ berharap media sentiasa mesra dan OK untuk menerima kekalahan demi kekalahan, ianya aneh sekali. Atau, berharap peminat akan kekal setia sekali pun kalah sepanjang masa, ia satu harapan yang aneh.

Senario di seluruh dunia, adalah sama. Apabila kalah, kepimpinan dan jurulatih serta pemain harus terima hakikat untuk dicemuh.

Skuad kebangsaan juga milik rakyat. Jadi rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan perasaan mereka. Pencapaian memalukan Harimau Malaya turut memalukan rakyat Malaysia.

Kalau TMJ tidak bersedia menerima kritikan, sukar bola sepak untuk maju ke depan.

Apabila secara rasmi Harimau Malaya tersingkir daripada Piala Asia nanti, kritikan akan lebih teruk. Cuma media barangkali akan mula menjarakkan diri kerana menyedari TMJ agak defensif dalam menerima kritikan.

Apa pun, tanpa berita mengenai Harimau Malaysia, akhbar pasti boleh terus dicetak dan dijual seperti biasa. Skuad paralimpik pun banyak membawa berita gembira yang orang suka membacanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakFAMTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kain Rentang ‘FAM Bangsat’ & Kekecohan Di Stadium

Next Post

Shila ‘Hadiahkan’ Single Mandarin Buat Peminat

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Shila 'Hadiahkan' Single Mandarin Buat Peminat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd