• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Wanita Dituduh Membunuh Suami

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang remaja wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di Sungai Abong, di sini.

Tertuduh juvana yang berusia 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu hanya mengangguk kepala selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, namun tiada pengakuan direkodkan.

Remaja terbabit didakwa membunuh suaminya yang berusia 28 tahun pada 14 Okt 2017 di sebuah rumah di Jalan Indah, Taman Permata Indah, Sungai Abong kira-kira 1.30 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Amalina Basirah menetapkan 23 Nov 2017 bagi sebutan semula kes bagi menunggu laporan psikiatri.

Mahkamah mengarahkan remaja itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Baharu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. – BERNAMA

Tags: bunuh suami
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Maut Kereta Hilang Kawalan Sebelum Terbabas

Next Post

Gelaran ‘Datuk Seri’ Dikecam, Eizlan Tak Kisah

Related Posts

Bekas Calon PRK Didakwa Bunuh Suami, Beremosi Di Mahkamah

28/01/2022
0

SEREMBAN: Seorang suri rumah yang juga bekas calon Bebas Pilhan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, didakwa di Mahkamah Majistret...

Wanita, Adik, Didakwa Bunuh Suami Buta

22/10/2020
0

KAJANG - Seorang wanita dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini  hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya yang buta,...

Next Post

Gelaran 'Datuk Seri' Dikecam, Eizlan Tak Kisah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd