• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Menangis Dengar Nassier Azan Di Arafah

oleh
19/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyanyi malar segar, Datuk Nassier Wahab terharu apabila ada jemaah haji Malaysia yang menitiskan air mata ketika mendengarnya melaungkan azan.

Menurut Nassier yang kini berusia 55 tahun, kejadian itu merupakan salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika dia mengerjakan ibadah haji, baru-baru ini.

“Mungkin selama ini mereka dengar suara saya menyanyi tetapi pada hari kejadian tersebut, mereka berpeluang mendengar saya melaungkan azan menyeru kebesaran Allah.

“Hati saya tersentuh apabila melihat ada juga jemaah yang menangis terharu dan sebak menitis air mata kerana mendengar saya sendiri melaungkan azan,” kata Nassier lagi.

Artis berasal dari Pulau Pinang itu mula bertolak ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah fardu haji pada 26 Ogos dan hanya pulang ke tanah air semula pada 30 September lalu.

Nassier yang terkenal pada era 1980-an itu berkata, peristiwa tersebut berlaku ketika dia menjadi bilal semasa khutbah Arafah apabila mengerjakan ibadah wukuf di padang Arafah.

“Bayangkan saya tidak pernah langsung melaungkan azan di hadapan orang ramai dan itulah kali pertama saya tiba-tiba diberi tanggungjawab untuk melakukannya pula.

“Apabila mutawif menawarkan peluang sebegini, saya memang tidak boleh menolak sebab mereka bersungguh-sungguh mahu saya sendiri yang melaungkan azan.

“Saya yakinkan diri dan anggap itu rezeki yang tak semua orang dapat,” katanya yang sudah berkahwin dengan isterinya, Datin Fatimah Abd. Rauf, 54, dan ada anak bernama Intan Najihah, 20.

Dalam pada itu, penyanyi terkenal menerusi lagu Memori Cinta Luka ini bersyukur kerana mampu menyelesaikan ibadah haji tanpa sebarang masalah kesihatan.

Katanya yang memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Joseph Chamberlain College, Birmingham, Britain, cuaca panas dan jemaah ramai dari pelbagai negara tidak menganggu perjalanan ibadah.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tiada sebarang kesulitan, lancar mengikut jadual dan sangat berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang diberi.

“Walaupun cuaca panas ketika itu hampir mencecah 50 darjah Celsius tetapi kesihatan saya masih lagi baik dan ini pun salah satu rahmat daripada Allah SWT.

“Apabila balik ke Malaysia, baru mula sakit tekak dan rasa seperti mahu demam, mungkin rindu Kota Makkah agaknya,” ujar Nassier secara berseloroh.

Bercakap mengenai karier seni, anak ke-12 daripada 14 adik-beradik dan pernah menjadi pelakon itu mengesahkan kembali aktif menjayakan persembahan pentas selepas pulang.

Malahan, Nassier memaklumkan dia masih menerima tawaran nyanyian dan tidak terpalit dengan kontroversi kes membabitkan pelakon Datuk Boy Iman. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Nassier Wahab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Nassier Wahab Selamat Dikebumikan

05/12/2019
0

JENAZAH Allahyarham Datuk Nassier Wahab, 57, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah, di Klang, 11.30 pagi ini. Terdahulu,...

Permaisuri Agong Turut Berduka Pemergian Nassier Wahab

05/12/2019
0

HARI ini peminat penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab berduka setelah menerima berita kematian penyanyi kesayangan mereka. Tidak terkecuali, Raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd