• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018: Pujian Penyedia Khidmat E-Hailing

oleh Ahmad Albab
28/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan e-hailing gembira dengan sokongan kerajaan kepada industri itu bagi menambah baik landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh.

Pegawai Uber dan Grab berkata mereka menyambut baik langkah kerajaan untuk memperkasakan lebih ramai lagi rakyat Malaysia menjadi sebahagian daripada industri e-hailing, dan memberikan mereka peluang mencari pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi.

Semasa pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua pemandu teksi berdaftar yang berhasrat untuk menyertai perkhidmatan e-hailing akan diberikan geran RM5,000 untuk membeli kereta baharu.

Pengurus Besar Uber Malaysia dan Singapura Warren Tseng berkata syarikat itu bersedia untuk membantu individu yang berminat untuk memenuhi peraturan menyertai industri itu.

“Kami menjangka melaksanakan teladan yang dipelajari dari pasaran negara jiran bagi memastikan peralihan yang efisyen dan berkesan terhadap persekitaran peraturan baharu ini untuk pemandu-rakan kongsi kami di Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh pula berkata inisiatif kerajaan ini akan menyediakan platform yang adil bagi industri pengangkutan awam. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018e-hailing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

23/12/2025
0

SEPANG: Seorang wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing, parah di leher dan lengan kiri akibat dikelar dengan senjata tajam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd