• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU Tingkatkan Pasaran Ekuiti Tempatan

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pilihan raya umum akan datang merupakan pemangkin utama yang memacu pasaran ekuiti tempatan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB), Datuk Chay Wai Leong.

“Pilihan raya dijangka menyokong pasaran, dan akan ada kerancakan sehingga hari sebenar,” katanya kepada pemberita di luar Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Dagangan KenTrade III, di sini hari ini.

Chay berkata pasaran domestik mempunyai asas yang kukuh, namun sentimen pasaran akan memainkan peranan penting dalam menentukan arahnya.

Mengenai penyertaan pelabur asing, beliau berkata dana global dan serantau akan meninggalkan sesuatu pasaran setelah pelaburan mereka mencapai paras tertentu.

“Jika mereka fikir saham Malaysia sudah mencapai penilaian tertentu, mereka akan beralih ke pasaran lain di rantau ini atau di tempat lain dan kembali apabila pendapatan korporat meningkat,” katanya.

Sementara itu, pertandingan perdagangan itu yang memasuki musim ketiga, menarik kira-kira 25,000 penyertaan, 66 peratus daripadanya lelaki dan selebihnya peserta wanita.

Sambutan hangat terhadap cabaran itu membuktikan kejayaan kempen kumpulan untuk menggalakkan perdagangan saham kepada peniaga generasi akan datang di pasaran, kata KIBB.

Pertandingan itu yang dibahagikan kepada dua peringkat, merupakan antara strategi KIBB untuk meningkatkan penyertaan runcit di Bursa Malaysia.

Peringkat pertama yang dipanggil Cabaran Perdagangan Maya, peserta diberikan RM1 juta dalam wang maya untuk berdagang.

Sepuluh pedagang terbaik dalam Cabaran Perdagangan Maya, yang berlangsung dari 31 Julai hingga 25 Ogos, layak ke peringkat kedua iaitu Grand Challenge.

Dalam Grand Challange, yang berlangsung dari 4 hingga 29 Sept, setiap peserta peringkat akhir menerima wang tunai RM100,000 daripada KIBB untuk berdagang dalam saham tersenarai di Bursa Malaysia.

Pada akhir tempoh ini, peniaga dengan nilai portfolio tertinggi dan keuntungan dagangan diumumkan sebagai pemenang.

Mohd Fairi Che Wanik, seorang peniaga sepenuh masa, diumumkan juara musim ini.

Di samping menyimpan 50 peratus daripada keuntungan yang diperolehnya dalam Grand Challenge, peniaga berusia 40 tahun itu juga menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan perjalanan dua oranggn ke Hokkaido, Jepun. -BERNAMA

Tags: Datuk Chay Wai LeongPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd