• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Sukan JBNS Guna Peruntukan KWASN

oleh AK-47
09/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa setiap program sukan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menggunakan peruntukan kewangan yang disalurkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

Akauntan JBSN, Ashrafilah Ahmad, 36, berkata bagi program sukan yang tidak mempunyai peruntukan dalam perbelanjaan mengurus, permohonan perlu dibuat oleh JBSN sebelum dibawa ke mesyuarat KWASN untuk mendapatkan kelulusan.

“Setelah mendapat kelulusan pada mesyuarat KWASN, pihak kami akan menerima ‘surat kuasa berbelanja’ yang akan disediakan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diketuai oleh Otman Arshad (ketika itu),” katanya dalam kenyataan saksi yang dikemukakan pada prosiding perbicaraan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman pada perbicaraan kes bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS Otman Arshad, 58, yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta, empat tahun lepas.

Ashrafilah yang merupakan saksi ke-28 pihak pendakwaan juga menjelaskan bahawa kaedah pembayaran bagi pembekal atau syarikat yang terlibat untuk setiap program sukan anjuran oleh JBSN perlu menggunakan pesanan kerajaan (LO).

“Dalam pengetahuan saya sejak menjadi akauntan tidak pernah berlaku keadaan di mana pembekal atau syarikat yang menyediakan khidmat bagi suatu program yang dijalankan oleh JBSN dibayar tanpa menggunakan pesanan kerajaan (LO).

“Saya juga bertanggung jawab untuk memastikan setiap cawangan yang melaksanakan program mengesahkan lantikan pembekal sebelum bermula sesuatu program supaya proses bayaran dapat dibuat menggunakan LO sahaja,” katanya.

Otman yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Majlis Sukan Negara (MSN), Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil di sini, antara 28 Feb 2012 hingga 18 Nov 2015.

Bagi 15 tuduhan menyalahgunakan kedudukan, Otman didakwa mengarahkan Pengarah Bahagian Kewangan MSN Abdul Rashid Yaakub untuk membuat bayaran berjumlah RM2,161,000 kepada syarikat Dial Ex Sdn Bhd, yang dimiliki dua anaknya, bagi pelbagai program kementerian antaranya program Futsal 2012 dan program sampingan Formula One (F1) 2013.

Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi 17 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu, Otman didakwa memberi surat pembayaran melalui akaun kementerian kepada Pengarah Bahagian Kewangan MSN Abdul Rashid Yaakub untuk bayaran pelbagai program kementerian berjumlah RM36,310,400 kepada tiga syarikat milik rakannya.

Bagi pertuduhan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 18 akta sama yang memperuntuk hukuman sama, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd